SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pekerja lelaki akibat terkena renjatan elekrik, minggu lepas.
JKKP Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemalangan yang melibatkan seorang pekerja tempatan berusia 21 tahun itu berlaku kira-kira 4.30 petang di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal yang terletak di Selat Lumut, Port Klang.
"Daripada siasatan awal, JKKP Selangor mendapati bahawa mangsa ditugaskan untuk membuat kerja pembaikan lampu pendarfluor sementara di kawasan serombong ekzos dalam kapal yang perlu diselenggara bersama rakannya.
"Semasa menukar lampu, rakan mangsa mendengar mangsa mengerang kesakitan dan terduduk di atas platform. Ketika ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, rakannya cuba untuk memegang mangsa bagaimanapun gagal dan mangsa terjatuh ke platform bawah pada ketinggian 2.88 meter.
"Mangsa kemudian dibawa keluar dari kapal dan diberi bantuan pernafasan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut," katanya.
Susulan itu, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan selain Notis Larangan serta-merta bagi kegagalan pihak majikan dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerjaan bagi proses kerja pembaikan lampu di atas kapal sehingga menyebabkan kemalangan maut.
"JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Kemalangan melibatkan seorang pekerja tempatan berusia 21 tahun itu berlaku di sebuah syarikat penyelenggaraan kapal yang terletak di Selat Lumut, Port Klang.- Gambar hiasan

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,

JKKP keluar notis henti kerja, pekerja maut dihempap forklift
Kemalangan membabitkan pekerja lelaki itu berlaku pada 9.40 malam Isnin lepas dan mangsa ialah pemandu forklift berkenaan.

Pekerja pembaikan maut terjatuh bumbung kilang
Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan bumbung di kilang pembuatan di Perai.

Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.

Majikan pekerja penyelenggara maut kepala tersepit lif berdepan tindakan
Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara lif bakal berdepan tindakan.

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.

5,101 kes masalah pendengaran berpunca kebisingan pekerjaan direkodkan
Kebanyakan kes melibatkan pekerja sektor pembuatan yang terdedah kepada bunyi bising melebihi 82dB bagi tempoh lapan jam secara berterusan.

Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.

Tanah runtuh Batang Kali: JKKP siasat jika aktiviti pekerjaan jadi punca insiden
Siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.

JKKP bimbang kes kehilangan pendengaran akibat pekerjaan meningkat
Sebanyak 4,928 kes penyakit pekerjaan dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan kesihatan (JKKP) mulai Januari hingga Mei tahun ini.