MELAKA:Permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara dua adik-beradik kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lepas, ditangguhkan sehingga esok.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Burhanuddin Bachik berkata permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik iaitu kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dan perempuan berumur dua tahun perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.
"Permohonan kepada mahkamah yang sepatutnya dikemukakan hari ini dijangka dilakukan esok memandangkan keputusan ujian calitan COVID-19 hanya akan diketahui esok.
"Sekiranya keputusan ujian calitan itu negatif, maka kita akan bawa permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan sementara dua beradik tersebut di bawah JKM kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya sehingga kes selesai," katanya ketika dihubung Benama hari ini.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong: Bedah siasat temui pelbagai kesan kecederaan
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, pasangan suami isteri direman
Beliau berkata permohonan itu bertujuan memastikan kebajikan kedua-dua beradik terjaga memandangkan nenek kandung mereka turut menjaga seorang lagi cucu perempuan yang merupakan adik mereka selain keadaan warga emas tersebut yang uzur.
Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.
Kanak-Kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian pada kira-kira 4 petang namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin yang terletak 600 meter dari rumah nenek kandungnya pada kira-kira 12.40 tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Kanak-Kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian pada kira-kira 4 petang namun siasatan awal polis menemui kecederaan fizikal pada badan mangsa. - Gambar fail

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Lemas dalam tong: 26 April sebutan semula kes kanak-kanak 7 tahun maut didera
Ia bagi menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa yang berusia 7 tahun.

Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Kedua-dua suspek itu dijangka akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Reman ibu kandung, ayah tiri dilanjutkan
Lanjutan tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Polis sedang lengkapkan siasatan
Siasatan lanjut sedang dilakukan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan susulan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

"Umi akan selalu ziarah adik" - Ibu angkat
Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada kanak-kanak malang reda tidak dapat bawa pulang jeanazah untuk dikebumikan di Rawang, Selangor.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Terlalu awal untuk kaitkan kes dera - Polis
Polis berkata, berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kurang dari dua jam sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Bedah siasat temui pelbagai kesan kecederaan
Polis mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baharu dikesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Kerajaan akan segerakan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak - Rina Harun
Kerajaan akan menyegerakan pertambahan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM ambil hak jagaan sementara dua adik kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera
JKM Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.