Ringkasan AI
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan di Sarawak telah digerakkan segera untuk menyediakan keperluan asas dan sokongan psikososial kepada mangsa banjir.
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyeru semua pihak terkesan agar mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
- Lebih 1,097 mangsa banjir di Sarawak telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah, dengan daerah Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, menyeru semua pihak yang terkesan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
"Kepada mereka yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui JKM atau pertubuhan yang diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nancy berkata setakat ini, lebih 1,097 mangsa banjir di Sarawak telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau, dan Simunjan.
Di daerah Serian, jumlah mangsa tertinggi dicatatkan dengan 374 orang ditempatkan di enam PPS dan beliau turut meluahkan rasa simpati terhadap situasi banjir yang sedang melanda negeri itu.
Tambahnya, bagi maklumat lanjut atau bantuan, orang awam atau mangsa yang terkesan boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau pejabat bahagian serta daerah JKM terdekat.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching di talian 082-507 600, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bau 082-763 044, PKMB Serian 082-892 288, PKMD Simunjan 082-803 707, PKMB Bintulu 086-313 675 dan PKMB Miri 085-432 960.
-- BERNAMA