Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan semalam.
Beliau berkata anggota kesihatan itu telah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala jangkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lepas sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 didapati positif pada keesokannya.
"Ketika ini, anggota terbabit telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan masih dijalankan.
"Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Dr Ding berkata pihaknya mengambil maklum mesej tular di laman sosial melibatkan seorang lelaki yang marah terhadap tindakan anggota kesihatan itu yang masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala jangkitan saluran penafasan.
Terdahulu, tular di Facebook, seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan COVID-19 selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif COVID-19.
Turut dinyatakan, isteri dan anaknya telah menerima rawatan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.
Mengulas lanjut, Dr Ding berkata anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk jangkitan COVID-19.
"Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (secara pentadbiran) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif COVID-19 sebelum ini.
"Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020

JKN Perak sedang menjalankan pengesanan dan saringan kontak rapat COVID-19 seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini. - Gambar fail

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

JKN Perak kesan kontak rapat dirawat anggota kesihatan positif COVID-19
JKN Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.