KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menafikan dakwaan yang tular mengenai kakitangan Hospital Sibu dipaksa bertugas melebihi masa hingga 'burnout' (kelesuan fizikal, mental dan emosi) dan beberapa tuduhan lain.
Mengakui cuti rehat dibekukan Pengarah JKNS, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed bagaimanapun menjelaskan, terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada kakitangan yang benar-benar mahu bercuti.
"Ia melibatkan kes kecemasan melibatkan ahli keluarga seperti urusan perubatan dan kematian. Malah, cuti rehat turut dipertimbangkan kepada petugas yang mengalami masalah kepenatan atau kelesuan dan kurang sihat bagi menjamin kebajikan mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mengulas mengenai dakwaan penggunaan katil di Hospital Sibu yang dimanipulasi kapasiti, Dr Mohamed Sapian berkata, hospital berkenaan menambah jumlah katil untuk merawat pesakit COVID-19 berdasarkan keperluan semasa.
Malah tegasnya, walaupun terdapat penambahan katil, kadar penggunaan bulanan tetap melebihi 100 peratus. Pengurangan bilangan katil COVID-19 semasa pandemik adalah rendah.
"Bagi September 2021, purata kemasukan pesakit ke Wad COVID-19 dalam sehari adalah 89 pesakit dan purata discaj dalam sehari adalah 118 pesakit. Setakat 30 September 2021, sebanyak 275 kes aktif sedang dirawat di Wad COVID-19 Hospital Sibu termasuk 147 pesakit COVID-19 kategori 2 3, 4 dan 5.
"Jumlah keseluruhan katil di Hospital Sibu adalah 642 katil dan masih terdapat kekosongan bagi 157 katil bagi menampung pesakit baharu," katanya.
Dr Sapian menambah, bagi menyokong sumber manusia sedia ada, seramai 52 jururawat terlatih kontrak telah ditempatkan bersama 10 pegawai perubatan dari Semenanjung yang akan dimobilisasi ke Hospital Sibu pada 5 Oktober hingga 24 Disember 2021.
Selain itu, mengenai isu kakitangan hospital yang dijangkiti COVID-19, beliau berkata berdasarkan siasatan, majoriti 53 kes aktif COVID-19 dalam kalangan petugas mendapat jangkitan melalui komuniti.
"Sebagai langkah pencegahan, pihak pengurusan hospital telah melakukan banyak usaha dan inisiatif untuk memutuskan rantaian atau memastikan tiada jangkitan COVID-19 di tempat kerja," katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu kekurangan aset pula, Dr Mohamed Sapian berkata, pihaknya menambah beberapa fasiliti kesihatan seperti PKRC, Wad COVID-19, dan katil ICU di Hospital Sibu.
Katanya, secara keseluruhan, Hospital Sibu telah menerima peruntukan pembelian aset sebanyak RM9.4 juta untuk tahun 2021 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan melengkapkan kemudahan di Wad ICU, Wad COVID-19 dan PKRC agar rawatan pesakit COVID-19 sentiasa terjamin.
"Bagi kes pembedahan elektif yang tertangguh, pihak pengurusan hospital telah melaksanakan kaedah secara penyumberluaran dengan menghantar pesakit ke hospital swasta di Sibu. Setakat ini, peruntukan sebanyak RM2.3 juta telah digunakan bagi pelaksanaan penyumberluaran sejumlah 832 kes melibatkan kes-kes Ortopedik, Pembedahan Am, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Obstetrik dan Ginekologi serta Radiologi.
"Malah, Hospital Sibu baru sahaja menerima peruntukan tambahan sebanyak RM600,000 pada 27 September 2021 bagi tujuan penyumberluaran dalam usaha mengurangkan beban menguruskan pesakit bukan COVID di Hospital Sibu," katanya.
Dr Mohamed Sapian turut memaklumkan, Hospital Sibu dilengkapi dengan sistem VIE berkapasiti 20,000 liter oksigen yang mampu membekalkan keperluan oksigen ke wad-wad di hospital tersebut.
Di samping itu, Hospital Sibu mempunyai 296 silinder oksigen dan 76 silinder oksigen sewaan serta bakal menerima 40 silinder oksigen tambahan bersaiz besar yang dibekalkan oleh pihak KKM.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Sep 30 2021
![JKNS nafi dakwaan kurang fasiliti kesihatan, kakitangan Hospital Sibu 'burnout' JKNS nafi dakwaan kurang fasiliti kesihatan, kakitangan Hospital Sibu 'burnout'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627818241_MohamedSapianMoham.jpg)
Mengakui cuti rehat dibekukan Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed bagaimanapun menjelaskan, terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada kakitangan yang benar-benar mahu bercuti. - Gambar fail
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![JKNS nafi dakwaan kurang fasiliti kesihatan, kakitangan Hospital Sibu 'burnout' JKNS nafi dakwaan kurang fasiliti kesihatan, kakitangan Hospital Sibu 'burnout'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627818241_MohamedSapianMoham.jpg)
JKNS nafi dakwaan kurang fasiliti kesihatan, kakitangan Hospital Sibu 'burnout'
JKNS menafikan dakwaan yang tular mengenai kakitangan Hospital Sibu dipaksa bertugas melebihi masa hingga mengalami 'burnout'.
![Cara cegah jangkitan COVID-19 sama tanpa mengira varian Cara cegah jangkitan COVID-19 sama tanpa mengira varian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622194800_PERINTAHKAWALANPER.jpg)
Cara cegah jangkitan COVID-19 sama tanpa mengira varian
Ia termasuk pemakaian pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal di tempat awam.
![25 peratus kes harian pada Julai di Sarawak melibatkan individu bawah 18 tahun 25 peratus kes harian pada Julai di Sarawak melibatkan individu bawah 18 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71625016120_Petugas.jpg)
25 peratus kes harian pada Julai di Sarawak melibatkan individu bawah 18 tahun
Sebanyak 25 peratus daripada kes harian baru yang dilaporkan pada bulan Julai 2021 melibatkan individu berumur di bawah 18 tahun secara purata.
![Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623740086_Sarawakkesihatan.jpg)
Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dilantik sebagai pengarah baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkuat kuasa 14 Jun 2021.