SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan bahawa kematian seorang murid perempuan di Klang adalah berpunca daripada strok haba seperti yang ditularkan di media sosial.
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam kenyataan berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi.
"Rawatan sewajarnya telah diberikan sebelum beliau dirujuk ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Namun, beliau telah meninggal dunia pada 9 Mei dan tidak mengalami strok haba seperti yang ditularkan," katanya menerusi hantaran di Facebook JKNS.
Terdahulu, Dr Sha'ari berkata pihaknya telah menerima makluman berhubung mesej tular mengenai kematian seorang murid perempuan dipercayai strok haba yang melibatkan seorang murid sekolah di Selangor pada 10 Mei lalu.
"Kejadian itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang datang mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik kesihatan di Klang.
"Beliau mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan malam pada 8 Mei. Keesokannya, mangsa telah dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati beliau hadir dalam keadaan kritikal dan didiagnos kes gastroenteritis akut dengan komplikasi," katanya.
Dalam pada itu, Dr Sha'ari turut mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan gejala cirit-birit dan muntah yang dialami kerana jika tidak terkawal, ia berpotensi untuk menyebabkan situasi kekeringan khususnya dalam musim cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635515326_TBSHAARINGADIMAN.jpg)
Dr Sha'ari berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut dengan komplikasi. -Gambar fail/Bernama
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
![Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT
Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa punca kematian pegawai kadet TLDM J.Soosaimanicckam enam tahun lepas adalah disebabkan strok haba.
![Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.
![12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco 12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722421062_cuacapanas.jpg)
12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco
Sebanyak 12 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
![Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715830956_cuacapanas.jpg)
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas setakat semalam, meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lepas.
![Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714720798_tbCuacapanas.jpg)
Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.
![Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.
![Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720774947_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.
![Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720774947_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.