KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rawatan Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan yang dibentuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjadi kelompok terpenting dalam membantu dan membimbing klien dalam kepulihan.
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, selain itu, kelompok berkenaan turut menjadi ejen perubahan kepada masyarakat setempat dalam usaha membantu mendapatkan peluang-peluang pekerjaan atau ruang-ruang latihan, menyertai aktiviti-aktiviti rawatan pemulihan serta berperanan sebagai 'role model' dan sukarelawan yang mempromosikan perkhidmatan rawatan pemulihan kepada komuniti.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada kumpulan berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja sukarela dalam bidang rawatan pemulihan dadah agar dapat mengatur strategi bagi membantu mencegah penagihan semula serta mengekang penagihan dadah dalam komuniti melalui pendekatan-pendekatan terkini, mesra dan berkesan.
“Kelompok sokongan ini merupakan komponen yang penting kerana di Negeri Sembilan pegawai AADK hanya meliputi 0.00016 peratus iaitu seramai 200 orang berbanding keseluruhan penduduk Negeri Sembilan iaitu 1.2 juta orang, dan hanya terdapat seramai 60 pegawai pemulihan berbanding keseluruhan klien rawatan pemulihan dalam komuniti di Negeri Sembilan berjumlah 1,919 klien iaitu nisbah 1:32.
“Khidmat kelompok ini amatlah diperlukan agar dapat membantu klien yang terjejas secara langsung dan tidak langsung serta memastikan semua kumpulan sasar merasai perkhidmatan AADK,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium dan Graduasi Kepulihan Peringkat Negeri Sembilan di Seremban pada Selasa.
Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr Hadijah Baba; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu, Arzmi Abdullah.
Mengulas lanjut, Sutekno berkata, program berkenaan adalah simbolik dan pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang sangat aktif menggerakkan program-program rawatan pemulihan dalam komuniti di Negeri dan Daerah.
“Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas jasa dan sumbangan dalam membantu, memberi motivasi dan menyokong semua usaha merawat dan memulihkan klien di negeri dan daerah.
“Tanpa kelompok sokongan ini, AADK amat sukar untuk bergerak sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menambah peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
Ujarnya, keluarga perlu sentiasa cakna dengan perubahan tingkah laku, emosi dan pemikiran ahli keluarga agar dapat mengambil langkah awal untuk mencegah aktiviti penagihan dadah di rumah.
“Pada semua ahli keluarga yang hadir, saya menyeru agar sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada klien untuk mengubah cara hidup kepada gaya hidup yang baru, sihat serta membina,” katanya.
Astro Awani
Tue Oct 03 2023
Sutekno ketika berucap merasmikan Program Simposium dan Graduasi Kepulihan di Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa. - Foto AADK
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.