KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (JKPK) mengundang bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk terlibat dalam mesyuarat jawankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.
Pengerusi JKPK, William Leong Jee Keen berkata, jemputan itu adalah bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan membuat penelitian menyeluruh berhubung beberapa isu yang bakal diajukan kepada kedua-dua individu berkenaan.
Katanya, ia termasuk cadangan memisahkan peranan Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara, selain isu berkaitan keputusan melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
"JKPK ini menyedari dan menghormati kuasa Peguam Negara dalam menjalankan budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding mahkamah selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, undangan kepada kedua-dua Peguam Negara adalah untuk membantu JKPK ini memahami beberapa isu berhubung kekhuatiran terhadap percanggahan kuasa dan kepentingan yang timbul, terutamanya berkaitan dengan kes-kes berprofil tinggi apabila Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan dan pada masa yang sama, sebagai pendakwa raya.
"Perkara itu digariskan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah, khususnya berkaitan dengan implikasi dan cadangan terhadap pemisahan kedua-dua peranan dan tugas tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan JKPK turut menjemput beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) untuk menghadiri mesyuarat itu.
Dalam pada itu katanya, Kabinet juga bersetuju untuk merujuk skop dasar bagi Rang Undang-Undang Sumbangan Politik (RUU) kepada JKPK ini.
Sehubungan itu, katanya, JKPK akan melihat serta mengkaji terhadap cadangan bagi Akta Pembiayaan Politik bagi terus memastikan bahawa institusi demokrasi di Malaysia bebas daripada kegiatan yang tidak sihat dan tidak berdemokrasi.
Astro Awani
Sun Sep 17 2023

JKPK mengundang bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun (kiri) dan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh (kanan) untuk terlibat dalam mesyuarat jawankuasa itu.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mencabar tindakan Peguam Negaramemberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.

JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan
JKPK mengundang Peguam Negara dan bekas Peguam Negara untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat.