KUALA LUMPUR: Tindakan segera telah dan sedang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan banjir di Johor antaranya mengakifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor serta-merta pada 8 pagi hari ini.
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan memaklumkan tujuh daerah di Johor yang terjejas dengan bencana itu setakat semalam adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru dan Pontian.
"Pelaporan terkini kejadian bencana di setiap daerah yang terjejas akan dikemas kini setiap empat jam. Pelaporan akan dikemas kini menerusi laman rasmi Pengurusan Bencana JKR Malaysia (e-Bencana). JKR Negeri dan Daerah juga sentiasa bersiap sedia membantu orang awam dalam penyaluran maklumat terkini dan pertanyaan berkaitan dengan penutupan jalan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pihak konsesi bersama JKR Daerah turut bersiap siaga di laluan yang dinaiki air sebagai persediaan jika berlaku kecemasan yang tidak diingini manakala, Pelan Pengurusan Trafik telah disediakan oleh pihak konsesi Persekutuan dan negeri untuk membantu kawalan trafik di lokasi yang terjejas.
Menurut KKR, pada masa yang sama, pemantauan paras air naik dan turun turut dilaksana bagi memastikan jalan atau laluan tersebut boleh dibuka kepada orang awam atau sebaliknya.
Bagi daerah yang masih dalam proses pelantikan konsesi negeri iaitu Kluang, Batu Pahat,Segamat, Muar dan Tangkak, peruntukan sebanyak RM250,000 telah disalurkan serta-merta bagi kegunaan Jurutera Daerah mengikut keperluan mendesak berikutan keadaan banjir yang berlaku pada masa kini di Johor.
"JKR Malaysia sentiasa bersiap siaga mengaktifkan aset-aset jabatan untuk menghadapi sebarangkemungkinan antaranya kesiapsiagaan pasukan jambatan bailey serta aset-aset jabatan. Selain itu,pihak JKR Kota Tinggi turut bersama-sama membantu membawa pelajar yang sedang mendudukipeperiksaan SPM dan membawa pesakit ke hospital," katanya.
Pada masa yang sama, JKR turut menekankan pentingnya penyaluran maklumat terkini berkaitan banjir dan orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai status jalan yang terlibat serta jalan alternatif bagi jalan yang ditutup akibat banjir dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia ditalian 03-2610 7727 atau melayari laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my.
Orang awam juga boleh memperoleh maklumat jalan alternatif melalui laman sosial rasmi JKR Malaysia iaitu Facebook jkr.malaysia, Twitter @jkrMalaysia dan Instagram @jkrmalaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
KKR memaklumkan tujuh daerah di Johor yang terjejas dengan bencana itu setakat semalam adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru dan Pontian.- Fail/BERNAMA
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.