KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengambil tindakan sementara menaikkan papan tanda amaran serta melaksanakan kerja penyelenggaraan tampalan segera di KM104.43, Maliau Basin iaitu Jalan Sapulut-Kalabakan.
Hal itu susulan laporan di media sosial berhubung jalan berkenaan yang disifatkan netizen seperti 'air terjun tujuh tingkat'.
Menurut JKR Sabah dalam kenyataan di Facebook, lokasi tersebut adalah di luar skop kerja penyelenggaraan rutin disebabkan oleh kerosakan pada struktur jalan.
"...dan pejabat ini bercadang untuk turun taraf seksyen berkenaan kepada permukaan gravel (jalan batu kelikir).
"Cadangan pembaikan kekal melalui program kerja berkala akan dilaksanakan tahun ini menggunakan kaedah Cold-In-Place Recycling (CIPR)," menurut kenyataan itu.
JKR Sabah turut memaklumkan terdapat tiga kawasan melibatkan Jalan Sandakan-Tawau yang telah dijadikan jalan batu kelikir bertujuan mengurangkan keadaan berbahaya permukaan jalan, sementara menunggu kerja-kerja pembaikan menggunakan teknologi geogrid.
Pihak konsesi juga telah diarahkan untuk menyediakan lori air daripada semasa ke semasa bagi mengurangkan habuk di seksyen jalan berkenaan terutama pada musim kemarau, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Menurut JKR Sabah, lokasi tersebut adalah di luar skop kerja penyelenggaraan rutin disebabkan oleh kerosakan pada struktur jalan. - Foto Facebook JKR Sabah
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JKR Sabah selenggara jalan 'air terjun tujuh tingkat' di Sapulut-Kalabakan
Hal itu susulan laporan di media sosial berhubung jalan berkenaan yang disifatkan netizen seperti 'air terjun tujuh tingkat'.

Hujan berterusan di Sabah, Bung Moktar arahkan JKR teliti cerun-cerun berisiko
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah diatur gerak untuk meneliti cerun-cerun yang berisiko rosak atau berdepan runtuhan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu di negeri itu.

Kenderaan lebih muatan, jangka hayat luput punca jalan raya mudah rosak - JKR Sabah
Kehadiran jentera lebih muatan terutama di kawasan luar bandar dan jangka hayat luput merupakan antara faktor utama jalan raya di negeri ini mudah rosak.

Projek naik taraf sekolah daif di Sabah dilaksana JKR negeri
Projek menaik taraf dan membangun semula bangunan sekolah daif di Sabah hanya akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.