WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Rabu menandatangani perintah eksekutif yang melarang beberapa pelaburan baharu AS di China dalam teknologi sensitif seperti cip komputer selain menuntut perhatian kerajaan dalam membiayai sektor teknologi lain.
Perintah yang sekian lama dinantikan itu turut memberi kuasa kepada Setiausaha Kewangan AS untuk melarang atau menghadkan pelaburan negara itu dalam entiti China merangkumi tiga sektor: semikonduktor dan mikroelektronik, teknologi maklumat kuantum dan beberapa sistem kecerdasan buatan (AI).
Dalam surat kepada Kongres, Biden mengisytiharkan kecemasan nasional bagi menghadapi ancaman kemajuan oleh negara seperti China "dalam teknologi sensitif dan produk yang kritikal terhadap keupayaan ketenteraan, risikan, pemantauan dan keupayaan siber."
Cadangan itu memberi fokus pada pelaburan dalam syarikat China yang membangunkan perisian untuk reka bentuk cip dan peralatan untuk menghasilkannya.
AS, Jepun dan Belanda telah lama mendominasi bidang-bidang tersebut, namun, kerajaan China pula telah berusaha membangunkan alternatif tempatan.
Langkah terbaharu Biden ini boleh menambah ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia, walaupun pegawai AS menegaskan, larangan ini bertujuan untuk mengatasi risiko keselamatan negara dan bukan untuk memisahkan ekonomi yang sangat bergantung antara kedua-dua negara ini.
Sebaliknya, jurucakap bagi kedutaan China di Washington pula berkata, China "sangat kecewa" dengan tindakan AS mengambil langkah untuk melarang beberapa pelaburan dalam teknologi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Liu Pengyu berkata, sekatan tersebut akan "merosakkan dengan serius kepentingan syarikat dan pelabur China dan Amerika" dan menambah: "China akan mengikuti perkembangan ini dengan rapat dan mempertahankan hak dan kepentingan kami."
Dalam perkembangan sama, pemimpin Demokrat di Senat, Chuck Schumer memuji laragan yang dikeluarkan oleh Biden.
Katanya: "Sudah terlalu lama, wang Amerika telah membantu memacu kemajuan tentera China. Hari ini, Amerika Syarikat mengambil langkah pertama secara strategik untuk memastikan pelaburan Amerika tidak digunakan untuk membiayai kemajuan ketenteraan China."
Sehubungan itu, Kongres, tegas Schumer, mesti meneguhkan sekatan tersebut dalam undang-undang dan mengubahnya. - Agensi
Agensi
Thu Aug 10 2023
Joe Biden menandatangani perintah eksekutif yang melarang beberapa pelaburan baharu AS di China dalam teknologi sensitif seperti cip komputer selain menuntut perhatian kerajaan dalam membiayai sektor teknologi lain. - Gambar fail REUTERS
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
PM Jepun gesa Biden tangani kebimbangan berhubung urusan pembelian syarikat keluli AS
Ishiba berkata persekitaran pelaburan yang mesra adalah penting bagi memastikan keselamatan ekonomi dalam kalangan sekutu dan rakan kongsi.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.