Tan Sri Johan Jaaffar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Media Prima Berhad berkuat kuasa 31 Ogos ini, tetapi menegaskan bahawa tindakan itu bukan kerana menerima sebarang tekanan.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menerima sebarang tekanan untuk berundur," kata Johan dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Perletakan jawatannya itu dimaklumkan oleh Media Prima dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Tanpa menyentuh sebab sebenar tindakan tersebut, Johan berkata sebagai pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau lantang menyuarakan pendirian panel tersebut dalam pelbagai isu.
Johan akan digantikan oleh timbalan pengerusinya sekarang, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.
Media Prima adalah syarikat yang memiliki antara lain stesen televisyen TV3, ntv7, TV8 dan Channel 9 serta syarikat akhbar New Straits Times Berhad yang menerbitkan Berita Harian, Harian Metro dan The New Straits Times.
Johan, 61 tahun, merupakan antara tokoh yang dihormati dalam bidang kewartawanan. Beliau pernah menerajui majalah Dewan Masyarakat pada era kegemilangannya pada tahun 1980-an, sebelum kemudian menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan antara November 1992 hingga Julai 1998.
Beliau sebelum ini meletakkan jawatan daripada Utusan ketika kemuncak krisis politik antara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jadi Perdana Menteri pada ketika itu dengan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah krisis kewangan Asia Tenggara.
Dalam satu kenyataan, Johan turut menegaskan beliau akan terus menyuarakan pandangan tanpa gentar atau pilih kasih.
“Saya agak lantang menyuarakan pendirian panel itu dalam pelbagai isu, terutamanya dalam kes melibatkan SPRM dan pegawainya terutamanya isu pertukaran dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri,” beliau berkata.
Katanya, beliau sedar sebagai panel penasihat bebas SPRM, beliau lantang menyuarakan pendirian panel itu dalam beberapa isu terutamanya gangguan ke atas SPRM dan para pegawainya serta hal-hal berkaitan dengan pemindahan dua pegawai kanan agensi itu ke Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Saya akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan akan terus bersuara bagi pihaknya secara wajar, tanpa gentar dan memihak," katanya.
Johan baru-baru ini mengeluarkan dua kenyataan yang mengkritik siasatan polis ke atas pegawai SPRM yang sedang menjalankan siasatan ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang dikatakan sebagai "duit derma" yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Johan jadi Pengerusi Media Prima selama "6 tahun, 4 bulan dan dua hari atau 2,316 hari". Apabila kontraknya pada 31 Ogos ini tamat, beliau akan menjadi pengerusi syarikat itu yang paling lama memegang jawatan tersebut.
Astro Awani
Thu Aug 13 2015

Johan Jaaffar melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Media Prima Bhd berkuat kuasa 31 Ogos ini dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia. -

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Johan Jaaffar lepaskan jawatan Pengerusi Media Prima, nafi terima sebarang tekanan
Tan Sri Johan Jaaffar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Media Prima Berhad berkuat kuasa 31 Ogos ini dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.