KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 23 September ini.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Pejabat Parlimen Malaysia berkata, Johari akan ke Hangzhou untuk mengadakan pertemuan pelbagai hala bersama Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping selain menghadiri Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.
Lawatan sulung beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke negara itu diadakan atas undangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China (NPC), Zhao Leji susulan pertemuan dua hala pemimpin-pemimpin legislatif itu pada 18 Mei lepas di Parlimen Malaysia.
“Lawatan rasmi ini adalah tindakan proaktif Parlimen Malaysia untuk memainkan peranan yang signifikan bagi melonjakkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan perbincangan isu kelestarian alam yang pragmatik antara dua negara.
“Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun 2024. Malaysia merupakan negara pertama di rantau ASEAN yang telah menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak 1974,” menurut kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Johari dalam kenyataan tersebut menyifatkan lawatan itu amat signifikan dalam mempertingkatkan hubungan yang utuh antara dua negara bukan sahaja di peringkat parlimen.
Beliau berkata, ia juga bakal meningkatkan kerjasama dua hala yang baik dalam pelbagai bidang penting, termasuk sosioekonomi, pembangunan belia dan diplomasi antara budaya.
“Selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 2024, Parlimen Malaysia bersedia untuk memperkembangkan jalinan kerjasama yang baik ini bersama Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China dalam menyumbang kepada kesinambungan kerjasama yang saling menguntungkan antara dua negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Di Beijing, kenyataan tersebut menyebut, Johari akan menyampaikan syarahan umum “ASEAN dalam Abad Asia” kepada penuntut-penuntut Universiti Tsinghua untuk membincangkan peranan Malaysia yang bakal mempengerusikan ASEAN pada 2025 demi memperluaskan kepentingan rantau ASEAN.
Peralihan kepimpinan ASEAN tersebut, menurut kenyataan itu lagi, merupakan peluang yang strategik dalam membentuk hubungan ASEAN-China dalam Abad Asia.
Selain itu Parlimen Malaysia berkata, Johari turut dijadualkan akan melawat syarikat-syarikat gergasi China dalam bidang kecerdasan buatan, tenaga boleh baharu dan keterjaminan makanan.
Turut menyertai lawatan tersebut ialah Timbalan Yang di-Pertua, Alice Lau Kiong Yieng; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, M Kulasegaran A/L V.Murugeson, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, Datuk Awang bin Hashim; serta Ahli Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia - Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), Chiew Choon Man.
Firdaus Azil
Thu Sep 21 2023

Lawatan sulung beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke negara itu diadakan atas undangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China (NPC), Zhao Leji. - Sumber foto: Parlimen Malaysia
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Format baharu Parlimen Belia dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat
Format baharu Parlimen Belia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.

87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan - Johari
Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.

Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.

Dukung semangat ASEAN untuk bina persekitaran daya saing positif - Johari
Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Vietnam khususnya dalam perdagangan penting sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kerjasama serantau.

Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.

Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.