Kerajaan Negeri Johor akan membangunkan tanah-tanah terbiar milik agensi kerajaan dengan mengusahakan tanaman seperti nanas MD2 dan belimbing.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata pembangunan tanah menerusi Projek Revolusi Hijau Pembangunan Tanah-Tanah Terbiar Negeri Johor itu sudah diluluskan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Johor, baru-baru ini.
"Ini pendekatan terbaharu kerana tanah terbiar di bawah agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Kejora dan Risda, cukup banyak.
"Dianggarkan terdapat hampir 1,000 hektar tanah terbiar di agensi-agensi ini termasuk Lembaga Tabung Haji," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor, di sini, pada Rabu.
Tosrin berkata kertas cadangan penubuhan jawatankuasa pelaksanaan projek berkenaan akan dikemukakan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Johor, minggu hadapan, sebelum pelancaran projek dilakukan secara besar-besaran dalam tempoh lima bulan ini.
Beliau berkata buat permulaan, projek pertanian tersebut akan dilakukan di sebuah tanah rancangan Felda, namun, kawasan yang terlibat itu akan diumumkan kelak.
Beliau berkata Jabatan Pertanian Negeri Johor akan menjadi sekretariat utama projek tersebut manakala jawatankuasa pelaksanaan akan turut disertai LPP Johor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Johor serta Pejabat Tanah dan Galian Johor.
"Projek utama ini ialah kita menggerakkan tanaman nanas MD2 di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia manakala belimbing dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). tanaman selingan pula adalah lada hitam dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019

Kerajaan Negeri Johor akan membangunkan tanah-tanah terbiar milik agensi kerajaan dengan mengusahakan tanaman seperti nanas MD2 dan belimbing. - Gambar hiasan

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.