JOHOR BAHRU:Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu dengan jumlah jemaah 40 orang bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata jumlah itu tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa dan pengurusan kariah masjid dan surau.
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mendapat pandangan serta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Secara keseluruhan, terdapat 814 masjid di Johor dan bagi memastikan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat, kebenaran itu turut dilaksanakan di 216 surau di seluruh Johor.
"Had umur pula 10 tahun ke atas termasuk warga emas asal syarat sihat tubuh badan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau turut bertanggungjawab dalam memastikan pekeliling dan garisan panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dipatuhi, antaranya memastikan jemaah mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan surau, memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan penjarakan fizikal dipatuhi.
Tosrin berkata solat jenazah turut dibenarkan dengan kehadiran 40 orang jemaah tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau.
Bagaimanapun, beliau berkata aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah takmir masjid dan surau serta ceramah ditangguhkan tetapi aktiviti kuliah dan ceramah secara dalam talian adalah digalakkan.
Beliau berkata bagi pengurusan nikah, cerai dan rujuk pula pelaksanaannya adalah bersyarat seperti majlis akad nikah yang hanya boleh dilaksanakan di pejabat JAINJ atau pejabat kadi daerah, namun digalakkan untuk ditangguhkan.
"Ia juga terhad kepada pasangan pengantin dan wali yang berada dalam daerah yang sama, kehadiran pula tidak melebihi enam orang meliputi tiga orang dari pihak keluarga pengantin dan tiga urus setia.
"Selain itu, bagi pasangan pengantin dan wali yang berada di negeri berbeza dan di luar Johor turut dibenarkan dengan syarat telah dapat kebenaran rentas negeri daripada pihak keselamatan dan perlu membuat pemeriksaan saringan COVID-19 dari pusat perubatan kerajaan atau swasta 72 jam sebelum tarikh majlis akad," katanya yang turut menjelaskan secara purata terdapat 35 permohonan pernikahan di Johor setiap hari sejak pelaksanaan PKP 2.0 pada 13 Jan lepas.
Tosrin berkata penganjuran kursus praperkahwinan pula boleh dilaksanakan melalui kaedah sidang video sahaja dengan maksimum 100 peserta.
"Bagi pendaftaran cerai, ia boleh dilaksanakan untuk mendapatkan sijil cerai sekiranya dapat Perintah Pengesahan Cerai dari Mahkamah Syariah. Pendaftaran Rujuk juga boleh dilaksanakan dengan hadir ke Pejabat Kadi Daerah," katanya.
Sementara itu Tosrin berkata MAINJ menyalurkan RM2.5 juta untuk bantuan COVID-19 di seluruh negeri yang mula dibayar awal bulan ini kepada 491 penerima yang sudah pun dikreditkan dalam akaun masing-masing bermula 1 Feb.
Bernama
Mon Feb 08 2021

Tosrin pada sidang media mengenai kebenaran solat fardu dan solat Jumaat di semua masjid dan surau di negeri itu melibatkan 40 jemaah mulai esok. - Foto BERNAMA

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.

KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.