ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral) dalam usaha melancarkan pergerakan keluar masuk pengembara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.
"Sekurang-kurangnya penambahan daripada empat gerabak (ketika ini) kepada lima gerabak. Setiap gerabak mampu menampung 80 penumpang bagi setiap perjalanan.
"Bermakna akan terdapat pertambahan sebanyak 2,480 penumpang setiap hari jika ia diluluskan," kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika menjawab soalan lisan Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Liow ingin tahu mengenai usaha kerajaan dalam memudahkan pergerakan keluar masuk pengembara di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura.
Onn Hafiz berkata antara langkah lain yang dicadangkan untuk melancarkan pergerakan keluar masuk pengembara di Kompleks CIQ BSI ialah penambahan hingga 44 lorong motosikal serta penggunaan kod QR bagi penumpang bas dan motosikal.
Beliau berkata bagi Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pula, langkah-langkah yang dicadangkan termasuk projek penggabungan dewan penumpang bas, penambahan hingga 33 lorong motosikal serta penggunaan kod QR untuk penumpang bas dan motosikal.
"Saya sedar dan insaf bahawa ramai tidak senang dengan kehadiran saya di pintu-pintu masuk utama negara ini. Ramai tidak suka dengan lawatan-lawatan mengejut saya. Namun, percayalah saya tidak akan berhenti selagi isu legasi yang menghantui rakyat di negeri dan negara ini tidak diselesaikan.
"Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan Imigresen Johor yang baharu, kita akan dapat menyelesaikan isu melibatkan 250,000 penduduk negeri ini yang berhempas-pulas mencari rezeki berulang-alik ke Singapura setiap hari," katanya.
Sementara itu, Onn Hafiz memaklumkan pergerakan keluar masuk antara sempadan Johor dan Singapura bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya kuasa kerajaan Persekutuan.
"Namun, kerajaan negeri terlibat dalam Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri. Malah, Johor merupakan ahli tetap dalam jawatankuasa ini dan saya sering berhubung dengan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bagi membantu menyelesaikan isu-isu kesesakan harian yang berlaku di sana," katanya.
Pada Khamis lepas, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dilapor bertitah isu kesesakan yang kerap dilaporkan berlaku di Kompleks CIQ BSI dan KSAB perlu diselesaikan tanpa kompromi memandangkan kedua-dua kompleks itu merupakan aset penting kepada pembangunan ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak KTMB di JB Sentral dalam usaha melancarkan pergerakan pengembara di CIQ BSI. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.

Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.

KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.