JOHOR BAHRU: Negeri Johor merekodkan 494 kes HIV yang dilaporkan sehingga minggu epid 24/2022.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 203 kes diklasifikasikan sebagai HIV baharu dengan kadar 5.0 kes bagi setiap 100,000 individu.
Katanya, daerah yang melaporkan kes HIV baharu tertinggi adalah Johor Bahru iaitu 122 kes yang mewakili 60 peratus daripada jumlah keseluruhan
Daerah lain yang menyusul ialah Batu Pahat dengan 21 kes (10 peratus), Kluang dan Kulai masing-masing 14 kes (6 peratus) dan lain-lain daerah 32 kes (15 peratus).
"Kes HIV baharu yang dilaporkan di kalangan lelaki adalah sebanyak 180 kes, manakala perempuan 23 kes.
"Majoriti kes tersebut melibatkan umur antara 20 hingga 39 tahun iaitu 160 kes dan diikuti 50 tahun ke atas (20 kes), 40 hingga 49 tahun (19 kes) dan 13 hingga 19 tahun (4 kes).
"Faktor risiko utama penyumbang bagi kes HIV baru sehingga minggu epid ini adalah melalui hubungan homoseksual atau biseksual yang membabitkan 116 kes, diikuti hubungan heteroseksual (78 kes) dan perkongsian jarum suntikan (1 kes)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Sementara itu, Tian Soon berkata, bagi kes AIDS pula, sebanyak 244 kes dilaporkan sehingga minggu epid sama di negeri ini.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 183 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.
Katanya, peningkatan kes AIDS ini adalah disebabkan fasiliti kesihatan sedang mengenal pasti dan melaporkan kes AIDS mengikut klasifikasi yang ditetapkan.
"Kematian HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 19 kes dan 62 kes berbanding 11 kes dan 43 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2021.
"Kerajaan negeri akan terus menerajui kepimpinan dan memberikan komitmen penuh dalam agenda negara menangani HIV/AIDS dan merealisasikan kesaksamaan ke arah matlamat kita mengakhiri AIDS menjelang 2030.
"Aktiviti kesedaran, saringan dan rawatan sedang giat dipertingkatkan di seluruh negeri ini. Orang yang dijangkiti HIV/AIDS dan populasi kunci digalakkan menjalani ujian dan mendapatkan rawatan serta mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam melindungi diri dan pasangan daripada jangkitan," kata beliau lagi.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Dec 13 2022

Daripada 494 kes HIV yang dilaporkan, sebanyak 203 kes diklasifikasikan sebagai HIV baharu dengan kadar 5.0 kes bagi setiap 100,000 individu. - Gambar fail

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.

124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.

Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.