JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor berhasrat untuk membuka pusat pemprosesan visa China di negeri ini dalam usaha memudahkan proses permohonan visa pengembara dan meningkatkan kemasukan pelancong negara itu.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K Raven Kumar berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak kedutaan China berkenaan usaha itu.
"Perbincangan sedang berjalan ketika ini dan diharapkan bakal menghasilkan keputusan yang positif.
“Apapun, kerajaan negeri sememangnya berhasrat untuk melihat pusat proses visa wujud di sini.
"Kita turut dimaklumkan ada laluan baharu bakal dibuka ke Indonesia, Korea dan juga ke beberapa destinasi lain,” katanya.
Raven Kumar berkata demikian ketika menyambut kedatangan penerbangan pertama dari Guangzhou ke Johor secara penerbangan terus buat kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu.
Dianggarkan lebih 100 pelancong dari China disambut di lapangan terbang berkenaan sempena penerbangan pertama itu.
Tambah Raven Kumar, pada masa ini terdapat tiga penerbangan antara Guangzhou dan Johor setiap minggu, namun kekerapan penerbangan itu mungkin akan ditambah pada masa depan.
Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan beberapa daerah lain di China selain Ghuangzhou untuk penerbangan terus ke Johor.
"Kami juga sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain dalam usaha mengenal pasti daerah yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.
“Populasi di China memang tinggi, jadi kita perlu sasarkan kawasan-kawasan di daerah yang lain pula selain Guangzhou, mungkin selepas ini kita nak luaskan pula hingga ke Beijing,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 29 2023

Raven Kumar ketika menyambut kedatangan penumpang penerbangan pertama dari Guangzhou ke Johor pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Johor hasrat buka pusat proses visa China
K Raven Kumar berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak kedutaan China berkenaan usaha itu.