JOHOR BAHRU: Peniaga di sebuah pusat beli-belah popular di bandar raya ini menarik nafas lega apabila perniagaan mereka mulai rancak menerima kunjungan orang ramai pada hari pertama peralihan Johor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.
Pemilik kedai makan Hj Wahid Mee Rebus, Abdul Halim Wahid, 65, berkata dia menjangkakan kehadiran pengunjung akan lebih meriah pada hari minggu susulan orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh merentas daerah.
"Sebelum ini, orang ramai mungkin takut atau ragu-ragu untuk keluar, tetapi setelah Johor beralih ke fasa baharu kita harap pelanggan akan bertambah," katanya yang telah berniaga kira-kira 24 tahun di pusat beli-belah itu kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.
Bagi pemilik kedai kasut Lim Kang Wei, 44, dia berharap dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa Dua, ia sedikit sebanyak dapat membantu kestabilan perniagaannya yang telah terjejas sejak tiga bulan lepas.
"Namun pada masa sama juga, kita harap dapat menyambut kehadiran pengunjung dari luar negara terutama Singapura kerana sememangnya bandar Johor Bahru menjadi tempat tarikan mereka," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai dilihat membeli-belah bersama anak-anak mereka serta menjamu selera seawal pukul 10 pagi tadi.
Seorang pengunjung, Nur Syairah Mohd Khalid, 28, berkata dia mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar pagi ini membeli-belah bersama keluarga memandangkan anak-anak sudah terlalu lama berada di rumah.
"Kalau boleh saya juga mahu bercuti bersama keluarga di kawasan berdekatan sebab anak-anak sudah tanya bila hendak berjalan-jalan.
" Alhamdulillah sudah Fasa Dua, orang ramai sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

Pekerja kedai kerepek Plaza Angsana Johor Bahru menyusun pelbagai jenis kerepek di kedainya susulan negeri Johor beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan hari ini. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.