KUALA LUMPUR: Johor kekal mendahului carta kutipan pingat Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 apabila mengumpul 35 pingat emas, jauh meninggalkan Kontinjen Terengganu yang memperoleh 19 emas di tangga kedua sementara Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan 17 emas.
Lebih manis lagi pada semalam, skuad berbasikal trek Johor yang memenangi pingat emas acara 4 kilometer (km) kejar-mengejar berpasukan wanita berjaya memecahkan rekod kebangsaan.
Skuad berbasikal Johor dibarisi Khairunnisa Aleeya, Normastura Norman, Nur Syafika Natasya Kadir dan Siti Nur Adiba Akma Mohd Fuad, menyerlah selepas membuat catatan 4 minit 47.317 saat (s) mengatasi rekod kebangsaan 4:57.898s dicipta pada Kejuaraan Berbasikal Asia 2018 di Kuala Lumpur.
Dominasi berbasikal Johor diteruskan menerusi acara sama bagi kategori lelaki, apabila gandingan Chan Jian Le, Mohamad Faizal Mohd Hata, Muhammad Nur Aiman Rosli dan Zulhelmi Zainal, muncul juara dengan mencatat masa 4:11.121s.
Dalam pada itu, di gelanggang gimnastik kelibat gimnas Pulau Pinang Ng Chun Chen dan gimnas Terengganu Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam mencuri tumpuan penonton selepas masing-masing seakan bersaing menunjukkan siapa yang mampu meraih lebih banyak pingat emas acara apparatus individu lelaki.
Kedua-dua mereka selaku atlet kebangsaan, Chun Chen meraih emas menerusi acara senaman lantai, gelang roman dan palang sejajar sementara Muhammad Sharul menerusi senaman lantai, kekuda berpelana dan melombol.
Aksi rebutan ibu segala pingat iaitu sukan bola sepak pula menyaksikan empat pasukan, iaitu Wilayah Persekutuan, Terengganu, Selangor dan Pulau Pinang mengesahkan slot pusingan separuh akhir selepas masing-masing menewaskan lawan mereka pada saingan lapan terakhir semalam.
Pada pertemuan separuh akhir nanti, Wilayah Persekutuan dijadual menentang Terengganu sementara Selangor menentang Pulau Pinang.
Hari ini, sebanyak 43 pingat emas dipertandingkan dengan 10 daripada pingat mengambil tempat di Kompleks Sukan Air (KOSA), Putrajaya menerusi sukan kanu sementara lapan pingat ditawarkan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil menerusi sukan renang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Atlet pelumba berbasikal trek wanita berpasukan dari Johor ketika beraksi dalam acara Team Pursuit akhir menentang pasukan Terengganu pada SUKMA MSN 2022 di Velodrom Nasional, Nilai, 19 Sept 2022. --fotoBERNAMA

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.

Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.