JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata selain isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, isu pelawat ataupun pesakit yang sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan turut menjadi perhatian.
"Isu ini telah menyebabkan banyak pelawat dan pesakit terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama di mana ia mengakibatkan keadaan lalu lintas di kawasan HSA menjadi sesak.
"Justeru, saya akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dapat dilaksanakan di HSA ini, " katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Onn Hafiz berkesempatan melawat HSA dalam lawatan Kembara Bas dari Johor Bahru ke Senai.
Menurutnya, pada masa sama beliau telah mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada pihak pemaju bagi membuka ruang serta menyediakan tempat meletak kenderaan di kawasan lapang berhadapan HSA, berhampiran dengan jejantas.
"Semoga usaha ini diberkati Allah dan membuahkan hasil demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Selain isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, isu pelawat ataupun pesakit yang sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan turut menjadi perhatian. - Gambar fail/BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.

Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.

Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.

Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.

Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.

Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.

Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.

Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.