JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman berhubung perkara itu.
Beliau berkata mengikut akta itu mana-mana pihak yang didapati sengaja membuang sampah di tempat awam boleh didenda maksimum RM500 jika disabit buat kali pertama.
Menurutnya dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan.
"Agenda Johor Bersih ini sebenarnya telah dilancarkan sejak tahun lepas, tetapi cabaran sebenar ialah untuk menukar minda dan sikap segenap lapisan Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata beliau dimaklumkan harga barangan basah seperti ayam, ikan, timun dan tomato masih tinggi ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Larkin hari ini.
Beliau berkata ini membebankan bukan sahaja pihak pembeli, tetapi juga pihak penjual runcit yang terpaksa mengekalkan margin keuntungan biarpun sedikit.
"Saya telah meminta pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar meningkatkan pemantauan dan memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
![Johor perhebat penguatkuasaan pembuangan sampah Johor perhebat penguatkuasaan pembuangan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675601037_OnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Johor perhebat penguatkuasaan pembuangan sampah Johor perhebat penguatkuasaan pembuangan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675601037_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor perhebat penguatkuasaan pembuangan sampah
Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).