JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mempertimbangkan untuk membangunkan semula flat kos rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di sini yang mempunyai pelbagai masalah selain berusia lebih 40 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pembangunan semula flat mengandungi 44 blok bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan itu memerlukan perbelanjaan dianggar berjumlah RM26.3 juta.
"Sebagai contoh, bagi satu blok sahaja, kita (kerajaan Johor) terpaksa keluar kos lebih kurang RM1.8 juta untuk 72 unit rumah, jadi setiap unit kena belanja dalam RM25,000 dan kos tersebut seperti bina rumah baharu.
"Pilihan kedua pula, kita lakukan rejuvinasi, kita roboh sebahagian flat dan bina baharu. Kalau pembangunan semula ia boleh bertahan 40 tahun akan datang, jika keluar kos RM1.8 juta untuk satu blok sahaja, kemungkinan akan bocor dari segi perpaipan dan sebagainya serta rosak lagi," katanya kepada pemberita selepas menyertai aktiviti plogging Johor Bersih di flat berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri pada masa sama akan melakukan projek perintis bagi menyelenggara sebuah blok di flat tersebut iaitu Blok 16, yang mempunyai masalah paling teruk antaranya membabitkan isu siling dan bumbung, pendawaian serta saliran dan perparitan.
Mohd Jafni berkata projek perintis di blok mengandungi 72 unit rumah itu adalah di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
"Untuk projek perintis di blok tersebut mungkin bermula pada Oktober depan dan jangka siap hujung tahun ini. Apabila siap, projek perintis ini akan menjadi sampel kepada kerajaan dari segi berapa banyak belanja dikeluarkan untuk satu blok dengan 72 unit, jadi adakah dengan perbelanjaan ini ia berbaloi atau sebaliknya," katanya.
Beliau pada masa sama berharap kerajaan Persekutuan dapat menyediakan peruntukan khas untuk tujuan penyelenggaraan flat awam yang berusia lebih 40 tahun di negeri ini.
Menurut Mohd Jafni sebanyak 70 peratus Perbadanan Pengurusan (MC) di flat awam didapati menghadapi masalah pungutan caj penyelenggaraan.
"Dengan hanya 20 hingga 30 peratus pemilik bayar, jadi mereka (MC) tidak boleh untuk meneruskan pengurusan komuniti di situ, malah ada flat awam yang tiada MC, sebab itu kerajaan Persekutuan perlu peruntuk bajet khas untuk flat awam berusia lebih 40 tahun yang kritikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

Mohd Jafni berkata, pembangunan semula flat mengandungi 44 blok bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan itu memerlukan perbelanjaan dianggar berjumlah RM26.3 juta. - Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Johor pertimbang bangun semula flat TUTA
Pembangunan semula flat mengandungi 44 blok bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan itu babitkan anggaran perbelanjaan RM26.3 juta.