JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan RM54.7 juta bagi membina dan membaik pulih rumah untuk golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan menerusi Belanjawan Johor 2024 itu adalah bagi inisiatif pembinaan 328 unit rumah yang melibatkan RM32 juta, dan RM22.79 juta bagi inisiatif membaik pulih 1,368 unit rumah.
Dalam hantaran di Facebooknya hari ini beliau berkata, kerajaan negeri komited dan sentiasa menitikberatkan penyediaan kediaman yang selesa buat Bangsa Johor.
"Alhamdulillah saya telah turun ke Segamat bagi melihat sendiri inisiatif ini. Saya ke rumah Mohd Basari Dahlan iaitu penerima inisiatif Bina Baharu Rumah, di Jalan Ahmad Felda Tenang, Labis. Terharu dan begitu gembira - terukir di wajah beliau serta keluarga apabila rumah baharunya siap dibina dengan kos RM65,000," katanya.
Onn Hafiz berkata inisiatif pembinaan rumah disasarkan bagi golongan kurang berkemampuan yang memiliki tanah sama ada secara tunggal atau secara bersama, dengan kerajaan membantu untuk membina rumah di atas tanah berkenaan.
"Saya kemudiannya ke lokasi penerima inisiatif Baik Pulih Rumah di Kampung Juaseh, Pekan Air Panas, Labis. Dengan kos RM15,000, rumah milik Encik Dollah Alias telah siap dibaik pulih melibatkan pembaikan atap dan bumbung, serta kerja-kerja mengecat dan pembersihan kawasan sekitar
"Semua ini berkat kerjasama semua pihak yang hasilnya telah memberi manfaat buat mereka yang memerlukan," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang Haslinda Salleh, Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, serta semua pihak yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri komited dan sentiasa menitikberatkan penyediaan kediaman yang selesa buat Bangsa Johor. - Foto X/Onn Hafiz Ghazi

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.