Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata bagi mencapai sasaran itu, kerajaan negeri juga menetapkan dasar bahawa setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
Katanya garis panduan dan sasaran itu ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hijau Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Jumaat lepas.
Selain itu, katanya jawatankuasa berkenaan juga menetapkan dasar pengangkutan untuk meningkatkan pendaftaran EV di negeri ini kepada 15,840 unit menjelang 2030 berbanding 977 unit ketika ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Anak Yatim dan Golongan Kurang Bernasib Baik di sini hari ini.
Ling berkata penambahan jumlah stesen pengecas EV juga akan menarik lebih ramai pengguna EV dari Singapura berikutan keputusan negara pulau berkenaan untuk beralih kepada kenderaan yang menggunakan tenaga bersih menjelang 2030.
Lebih 150 kanak-kanak dari rumah anak yatim dan pusat kebajikan sekitar Johor Bahru diraikan pada majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Paragon Globe Berhad dan Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)