JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, terdapat banyak inisiatif dan perancangan daripada pihak kementerian itu dan kerajaan negeri sedang giat dijalankan, dalam usaha memastikan sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju.
"Kerajaan negeri ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
"Semoga semua cadangan serta pandangan akan dipertimbangkan agar sektor pelancongan di Johor terus berkembang maju sekali gus mampu mengangkat negeri Johor sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia. Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja untuk menaik taraf Zoo Johor baru bermula dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun hadapan.
Terdahulu, Menteri Besar turun padang bersama Tiong dan membawa beliau ke beberapa tempat menarik dalam bandar raya ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Onn Hafiz Ghazi (kiri) Tiong King Sing (kanan) meninjau Zoo Johor. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor. - Gambar Facebook ONN HAFIZ GHAZI
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.
Sistem pembelian tiket dalam talian atasi kesesakan pengunjung Zoo Johor - Exco
Kerajaan negeri sedang membangunkan sistem pembelian tiket dalam talian sebagai usaha untuk mengatasi kesesakan pengunjung di Zoo Johor.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Zoo Johor dibuka semula April, harga tiket kekal paling murah di Malaysia
Pelbagai kemudahan dan infrastruktur sedang dinaik taraf melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Zoo Johor bakal dibuka semula April ini - Onn Hafiz
Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.
Kerja naik taraf Zoo Johor dijangka siap suku tahun 2024
Zoo berusia 95 tahun itu kini ditutup bagi pelaksanaan Intervensi Fasa 1 meliputi lima zon utama.
Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
Gerhana matahari pengaruhi perilaku haiwan
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan.