JOHOR BAHRU: Johor menerima RM113.7 bilion pelaburan dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan dalam tempoh kira-kira dua tahun lepas, sekali gus menyaksikan negeri ini menjadi pengimport dan pengeksport terbesar negara, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata pihaknya juga telah menyalurkan pelbagai bantuan dengan peruntukan berjumlah RM438.6 juta kepada golongan yang memerlukan serta menyantuni 2,647 miskin tegar sepanjang tempoh tersebut.
"Keluarga Diraja Johor turut menyampaikan bantuan untuk bangsa Johor termasuk 20,000 kampit beras, mangsa banjir, kotak makanan, Smart TV dan Smart Board kepada 20 sekolah terpilih, pesakit kanser dan khemah bencana," katanya menerusi rakaman sebuah video sempena dua tahun perkhidmatannya sebagai Menteri Besar yang dimuat naik di Facebook beliau semalam.
Katanya selain itu kerajaan negeri turut menaik taraf pusat-pusat pelancongan seperti Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Zoo Johor, enam Taman Negara, Taman Eko Rimba, Gunung Berlumut, fasiliti trek pendakian Gunung Lambak di Kluang dan kemudahan awam di Pulau Besar Mersing.
Onn Hafiz berkata pihaknya turut menaik taraf 444 kilometer jalan raya yang antaranya membabitkan Jalan Pasir Gudang, Jalan Mersing-Kota Tinggi dan Jalan Muar-Labis, serta melancarkan aliran trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), menerusi kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan mengaktifkan laluan kontra untuk kereta dan pejalan kaki.
Enam projek sakit dan satu terbengkalai juga berjaya diselesaikan yang melibatkan melibatkan sebanyak 1,073 unit rumah dengan nilai hartanah RM260 juta, selain 4,278 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) siap dibina dengan pemberian baucer RMMJ bernilai RM1,000 kepada 2,000 penerima.
"Sebanyak 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tujuh RSK (Rumah Sewa Kerajaan) telah diperbaiki, 50 unit rumah untuk golongan e-kasih di 10 daerah serta menaik taraf Sistem Perumahan Negeri Johor,' katanya.
Onn Hafiz berkata pelbagai inisiatif untuk golongan belia dari segi kepimpinan, pendidikan dan sukan telah dilaksanakan antaranya dengan memperluaskan Southern Volunteers ke 667 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) serta pemberian Skim Pinjaman Pelajaran Johor kepada 1,773 mahasiswa.
'Seramai 5,600 mahasiswa pula menerima bantuan Skim Bantuan Pendaftaran, 2,000 penerima bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor, RM700,000 untuk 25 Persatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) anak Johor, Biasiswa Kenangan Dato' Onn, 400 pelajar program tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim dan Program Baca Lab,' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Onn Hafiz berkata pihaknya juga telah menyalurkan pelbagai bantuan dengan peruntukan berjumlah RM438.6 juta kepada golongan yang memerlukan serta menyantuni 2,647 miskin tegar sepanjang tempoh tersebut. - Gambar fail/Pejabat Menteri Besar Johor

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
-Govt mulls congestion charges in major cities to ease traffic
-M’sia Education Blueprint: Assessing 12 years of progress, challenges
AWANI Ringkas 27 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 27 Februari 2025
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas
1️⃣ Polis kejar pajero, rampas 200Kg syabu
2️⃣ SPRM reman 5 penjawat awam berkaitan kilang e-waste
3️⃣ Peguam negara perlu kemuka pertuduhan baharu terhadap Najib
#awaniringkas

Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste dalam ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia telah berperanan penting dalam memasukkan beberapa negara anggota ASEAN lain menyertai blok serantau ini.
AWANI Ringkas: polis kejar pajero, rampas 200kg syabu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [27/2/2025] – Nilai kemanusian dalam dunia Islam| Rakam keterangan saksi| Mayat tersangkut pada pokok tepi sungai| Sedang rangka mekanisme
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.

Bernas agih RM15 juta kepada pesawah sempena Ramadan - PM Anwar
Golongan pesawah di seluruh negara bakal menerima agihan sumbangan membabitkan peruntukan berjumlah RM15 juta daripada Bernas untuk membantu mereka melakukan persediaan awal Ramadan dan Syawal.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.