JAKARTA: Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata penempatan saksi untuk semua calon presiden, naib presiden dan legislatif, selain parti politik, di pusat pengundian yang diawasi Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) bertujuan untuk menjamin ketelusan dalam proses pilihan raya.
Jokowi yang yakin dengan keberkesanan sistem penyeliaan bagi menghalang penipuan berkata kaedah sedia ada adalah untuk menangani aduan yang sah melalui Bawaslu dan Mahkamah Perlembagaan.
"Di pusat mengundi, pihak berkuasa sentiasa bersedia, memastikan proses itu telus dan terbuka kepada dokumentasi," katanya kepada media sebagai mengulas mengenai dakwaan awal berlaku penipuan dalam pilihan raya.
Arsjad Rasjid yang mengetuai pasukan pilihan raya untuk calon presiden Ganjar Pranowo dan calon naib presidennya Mahfud Md, mendedahkan bahawa pasukannya telah mengesan berlaku anomali (penyimpangan peraturan) dalam Pemilu dan pasukan undang-undang mereka sedang menjalankan siasatan.
Dalam Pemilu 2024 pada 14 Feb, Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dilaporkan mendahului apabila pengiraan awal menunjukkan beliau memperoleh lebih 50 peratus undi.
Menurut Litbang Kompas, dengan 95.45 peratus undi contoh dikira, Prabowo memperoleh 58.52 peratus undi manakala Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing meraih 25.25 peratus dan 16.23 peratus.
Data Poltracking juga menunjukkan Prabowo mendahului dengan 59.35 peratus, diikuti Anies 24.37 peratus dan Ganjar 16.28 peratus, berdasarkan 95.67 peratus undi sampel yang dikira.
Walaupun angka ini tidak rasmi, keputusan itu dijangka selari dengan keputusan akhir yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 20 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti. - Youtube/Sekretariat Presiden

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.

Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Jokowi telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur pada Jan 2025, kata Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi.

Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).

Jokowi kenang tempoh jadi presiden selama sedekad dalam ucapan terakhir negara
Dalam ucapan terakhir Presiden Joko Widodo pada Jumaat, menandakan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, beliau mengenang kembali tempoh kepimpinannya selama sedekad.

Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.

Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.

Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.

Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.

Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.

Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.