SHAH ALAM : Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf beri peluang orang ramai untuk merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi menjelang Ramadan tahun ini.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan COVID-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
“Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
“Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank)," jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Mar 22 2022

Suasana ketika program Buka Puasa Mega Ala Madinah di Karnival Karangkraf pada Jun 2018. - Gambar fail/ Sinar Harian

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Jom meriahkan Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.