KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC akhirnya menemui rentak kemenangan selepas menewaskan Melaka United FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.
Selepas memulakan saingan musim ini dengan mencatat satu keputusan seri diikuti tewas dua kali, tiga mata dikutip skuad bimbingan Bojan Hodak melonjakkan mereka ke kedudukan keenam selepas mengharungi empat perlawanan.
Johor Darul Ta'zim (JDT) kini menerajui saingan Liga Super dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pertama.
Pada aksi di Cheras malam ini, ketua pasukan Paulo Josue muncul wira kebangkitan KL City daripada dua kekalahan liga berturut-turut apabila menyumbat dua gol pada babak pertama sekali gus menamatkan kemarau gol dalam tiga aksi terdahulu.
Pemain kelahiran Brazil itu meletakkan skuad The City Boys di depan seawal minit ketiga selepas memanfaatkan kelewatan pemain pertahan lawan mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya dan melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.
Josue menggandakan kedudukan pasukan tuan rumah pada minit ke-30 menerusi sentuhan penyudah yang tepat dalam ruang yang terhad yang menyaksikan Norazlan gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi kali kedua.
Sementara itu, hasrat Sri Pahang FC untuk meraih kemenangan pertama musim ini tidak kesampaian selepas diikat Petaling Jaya (PJ) City FC 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pemain PJ City FC, R Barathkumar menjadi pemusnah harapan Skuad Tok Gajah pada perlawanan kedua liga mereka itu, apabila menyamakan kedudukan di penghujung babak permainan sekali gus menafikan jaringan awal pasukan tuan rumah disumbangkan Manuel Hidalgo pada minit ke-38.
Keputusan sama turut dicatat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang selepas Penang FC dan Negeri Sembilan FC terikat 1-1 yang menyaksikan pemain tuan rumah Hilal El-Helwe dan penyerang pasukan pelawat Zaquan Adha Abd Radzak masing-masing menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39 dan minit ke-33 babak pertama.
Dalam pada itu, dua aksi Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) II melakar kemenangan ketiga mereka manakala Perak FC yang dikenakan hukuman pemotongan tiga mata baru-baru ini, akhirnya merakam kemenangan sulung.
Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan tuan rumah cuba bangkit menerusi jaringan Nazirul Hasif Mailang pada minit ke-75, namun dua jaringan masing-masing oleh Moussa Sidibe pada minit ke-16 dan Fernando Rodriguez (minit ke-29) sudah memadai untuk JDT II membawa pulang tiga mata berharga.
Kemenangan 2-1 pada perlawanan keempat itu membolehkan JDT II kekal mencabar pendahulu Kelantan FC yang memiliki kurang satu perlawanan, dengan kedua-dua pasukan berkongsi sembilan mata.
Manakala di Stadium Perak, Ipoh, Perak FC mengutip tiga mata sulung selepas mengatasi Selangor FC 2, 2-1 yang menyaksikan Mohammad Farid Khazali muncul wira pasukan menjaringkan dua gol dalam 10 minit terakhir perlawanan untuk menafikan jaringan George Attram untuk gol pertama Selangor FC 2.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Pemain Kuala Lumpur City FC Mohamad Kamal Azizi (kiri) menghalang bola dari dirampas pemain Melaka United FC Muhammad Hazim Abu Zaid (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. -Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.

KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.

Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.