KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu meneliti tindakan korektif serta punitif yang boleh dikenakan terhadap pihak yang sengaja mengambil mudah arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 iaitu Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ini kerana dalam perkhidmatan awam, gerakan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan agensi dan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan paling tinggi.
"Pekeliling ini tidak hanya memperincikan peranan agensi dan penjawat awam dalam urusan rasmi dalam negara dan luar negara, bahkan turut menyatakan komitmen tinggi kerajaan untuk menguatkuasakan pemantauan pelaksanaannya melalui audit bahasa.
"Namun, sebenarnya jika kita teliti, pelaksanaan audit sahaja tidak memadai. Ini kerana tiada tindakan yang boleh diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mematuhi arahan ini selain mereka mungkin kurang berminat terhadap usaha pengiktirafan dan anugerah diperkenalkan bagi tujuan pemerkasaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.
Beliau berkata ia bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan tetapi bagi memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dicabul penggunaannya dengan sewenang-wenangnya.
"Hal ini selaras dengan amanat disampaikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pada majlis pembukaan simposium ini pada Ahad lepas... Perdana Menteri menyatakan agar pindaan Akta DBP hendaklah diperkasakan bagi membolehkan aspek penguatkuasaan undang-undang berkaitan usaha pemartabatan bahasa Melayu dikaji dan diteliti untuk dilaksanakan," katanya.
Mohd Zuki berkata ini kerana akta, pekeliling atau peraturan sedia ada tidak memperuntukkan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan itu.
Beliau turut mengingatkan setiap jabatan kerajaan di semua peringkat Persekutuan mahupun negeri termasuk badan-badan berkanun, harus memastikan segala arahan dan peraturan terkandung dalam perlembagaan, undang-undang negeri dan pekeliling berkaitan bahasa Melayu sentiasa dipatuhi.
"Ini termasuklah di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah...peraturan-peraturan berkaitan pengiklanan yang memperuntukkan ketetapan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di tempat awam hendaklah dilaksana dan dikuat kuasa dengan lebih tegas.
"Begitu juga dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat jaminan kerajaan (CLBG), mereka hendaklah memastikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sentiasa diperteguhkan," katanya.
Di samping itu, beliau berkata kerajaan akan mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa bagi menegaskan komitmen dalam memastikan keutamaan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam sentiasa pada tahap terbaik.
"...sekali gus akan melipatgandakan usaha menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai suri teladan pengguna bahasa kebangsaan yang baik dan betul kepada sektor lain," kata Mohd Zuki.
Menyentuh insiatif memantapkan pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu, beliau berkata antara program masa kini yang akan dipergiat dan ditambah baik dari semasa ke semasa adalah Audit Bahasa di setiap jabatan kerajaan dan badan berkanun, serta program Munsyi Muda Bahasa yang akan berperanan sebagai pegawai rujukan bahasa di setiap jabatan kerajaan Persekutuan.
Bagi memperhebat peluasan penggunaan bahasa kebangsaan itu di peringkat antarabangsa, beliau mencadangkan agar institusi pengajian tinggi dan badan berautoriti mengambil inisiatif melaksanakan semula Kursi Pengajian Melayu di benua terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022

Mohd Zuki berkata, gerakan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan agensi dan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan paling tinggi. - Gambar/ Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
![[KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi [KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741180772_TBPLUSSESAK.jpg)
[KOLUMNIS] Landasan sifar peratus projek sakit, antara implikasi dan strategi
KKR melalui Jabatan Kerja Raya memantau sebanyak 1,975 projek fizikal pembinaan dengan jumlah keseluruhan kos projek bernilai RM75.98 bilion.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.

Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.

Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.

Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.