KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa prihatin dan terbuka dengan pandangan semua pihak yang berkepentingan, berkaitan kebajikan penjawat awam melalui platform sedia ada, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau berkata antara platform itu seperti Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan sesi konsultasi secara berterusan dengan agensi-agensi kerajaan serta kesatuan-kesatuan pekerja secara langsung dan tidak langsung.
Katanya penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan (gaji, elaun dan kemudahan) serta laluan kerjaya, juga sedang dibuat secara holistik dengan mengambil kira kesesuaian dan situasi ekonomi serta kedudukan kewangan negara.
"JPA komited dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terpelihara dan ditambah baik dari semasa ke semasa, selaras dengan aspirasi keterangkuman Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Shafiq berkata JPA mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk kepada laporan media mengenai gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), yang mahu kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan.
Semalam media melaporkan CUEPACS menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.
Mohd Shafiq berkata pada dasarnya JPA telah melaksanakan beberapa penambahbaikan gaji penjawat awam sejak Sistem Saraan Malaysia diperkenalkan pada tahun 2002, yang melibatkan penetapan gaji permulaan terendah, pelarasan gaji dan penambahbaikan jadual gaji.
"Sebagai contoh pada tahun 2016, faedah pemindahan gaji bersamaan 1 (satu) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT), diberikan kepada penjawat awam.
"Selain itu, hasil daripada pelbagai sesi libat urus dengan pihak yang berkepentingan, dasar-dasar berkaitan kebajikan penjawat awam termasuklah kemudahan bekerja dari rumah, waktu bekerja yang fleksibel, penambahbaikan kemudahan cuti (contoh Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan) dan elaun, turut dipanjangkan kepada penjawat awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan serta laluan kerjaya. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.

Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pencen dan pelarasan gaji dijamin, perkembangan karier lebih baik dengan SSPA
Seiring penambahbaikan sistem saraan itu, pegawai awam diharap dapat mempertingkat mutu kerja dan kecekapan perkhidmatan.

JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.

Lupus polisi, pekeliling lapuk selaras Aspirasi H.E.M.A.T - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam terus memperkukuh reformasi perkhidmatan serta kesediaan melakukan perubahan termasuk melupuskan polisi dan pekeliling lapuk.

JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.

Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti JPA - Lukanisman
Cadangan KKM untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat sedang diteliti JPA.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.