Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan anggotanya mengarahkan beberapa orang pemandu lori menanggalkan pakaian sehingga hanya berseluar dalam kerana tidak memenuhi suapan yang diminta.
JPJ dalam satu kenyataan berkata kejadian beberapa pemandu lori dalam keadaan separuh bogel bersama anggota JPJ yang tersebar di laman sosial itu sebenarnya berlaku pada sekitar bulan Mei 2015.
Menurut kenyataan itu, ianya melibatkan empat anggota Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang di Kelantan yang menjalankan rondaan penguatkuasaan di Jalan Aring ke Tasik Kenyir.
"Kira-kira 2.30 petang, anggota memeriksa tiga buah lori yang diletakkan di bahu jalan dan menghalang lalu lintas di mana pemandunya tiada dalam kenderaan itu.
"Kemudian, pemandu lori yang sedang mandi-mandi di atas bukit berdekatan bergegas turun dengan hanya berseluar dalam," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, anggota JPJ telah mengarahkan pemandu lori itu mengambil pakaian namun mereka memberi alasan pakaian berada di atas bukit.
"Disebabkan merasa malu dan takut dilihat masyarakat yang lalu, mereka telah duduk di belakang kenderaan JPJ selain memohon maaf supaya tidak dikenakan tindakan.
"Pasukan JPJ telah mengarahkan mereka mengalihkan kenderaan ke tempat lebih sesuai dan menasihati supaya tidak mengulangi perkara tersebut," kata kenyataan itu.
JPJ menyeru masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang cerita atau berita tanpa mendapatkan kepastian daripada sumber yang sebenar.
"Salah seorang pemandu lori tersebut juga telah membuat laporan polis pada 9 Feb 2018 menafikan tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas ini," kata kenyataan itu.
Gambar beberapa individu yang berada di belakang kenderaan JPJ dengan memakai seluar dalam telah tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018
JPJ menyeru masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang cerita atau berita tanpa mendapatkan kepastian daripada sumber yang sebenar.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai
Lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dengan identiti belum dikenal pasti.
Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan
Siasatan awal turut mendapati mangsa terjatuh ke dalam ruangan tersebut dari tandas lelaki.
Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah
Sebanyak 220 kes jenayah pemerasan sebar gambar dan video lucah dilaporkan dalam enam bulan pertama tahun ini.
Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.
"Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku" - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia
Selepas dikritik dan dikecam oleh segenap lapisan masyarakat, penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 tampil memohon maaf.
Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.
'Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah
Mangsa telah lihat di bawah dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya
Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot'
Polis Jerman menahan seorang lelaki selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
Tan Sri Tony tanggal baju demi...
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya.