KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang tindakan bersepadu melalui pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan 'roadworthiness' atau layak untuk dipandu di jalan raya bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata antara tindakan itu ialah memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Menurut Zailani, cadangan itu selaras dengan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan awalan dan berkala di Puspakom mengikut ketetapan peraturan semasa bagi memastikan kenderaan adalah selamat untuk digunakan.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Ops Puspakom di Pusat Pemeriksaan Puspakom Wangsa Maju, di sini hari ini,
Zailani berkata selain itu JPJ bercadang untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap prosedur pemeriksaan kenderaan, antaranya meningkatkan frekuensi pemantauan dan audit operasi Puspakom oleh Pasukan Kejuruteraan Automotif JPJ secara mingguan terutama di cawangan yang menjalankan pemeriksaan kenderaan berat.
"Kami juga akan menyemak semula prosedur pemeriksaan bagi item yang melibatkan tahap keselamatan yang tinggi seperti pemeriksaan brek, tayar dan komponen lain yang akan dikenal pasti dalam masa terdekat," katanya.
Mengenai operasi hari ini, beliau berkata operasi julung kali itu menumpukan terhadap penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Puspakom dan ia akan diperluas di seluruh negara dengan turut melibatkan Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ini komitmen kita untuk memastikan kenderaan yang melalui proses pemeriksaan di Puspakom dalam keadaan status yang cukup bersedia untuk digunakan tanpa memberi sebarang bentuk ancaman keselamatan dari segi mekanikal dan teknikal yang tidak lengkap," katanya.
Operasi yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu memeriksa 256 kenderaan dengan 158 notis dikeluarkan terhadap 140 kenderaan atas pelbagai kesalahan manakala tiga pemandu ditahan kerana positif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
![JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658470822_JPJOpsKhasRentas.jpg)
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata antara tindakan itu ialah memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). - Gambar fail/BERNAMA
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739790060_TBpuspakom.jpg)
Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739679492_AedyFadlyRamli.jpg)
Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.
![Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739511513_mahkamahkangar.jpg)
Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.
![Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738742171_AnthonyLoke.jpg)
Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.
![Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739160811_MohdMisuariAbdulla.jpg)
Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.
![Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739159561_tbdummybuckle.jpg)
Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.
![Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.
![Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739118151_FadlyRamli.jpg)
Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
![JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735720477_SekatanJalanRaya.jpg)
JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se
![Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738838298_OpPenyamaran.jpg)
Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.