JOHOR BAHRU:Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarkan kutipan RM2.5 juta bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri JUN yang akan mula dibuka untuk bidaan mulai 13 Februari ini menerusi sistem bidaan nombor pendaftaran atas talian JPJeBid.
JPJ Negeri Johor menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebooknya berkata bidaan itu akan dibuka sehingga 17 Feb ini, dan keputusannya akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh akhir bidaan ditutup iaitu 18 Feb ini.
"Pembida boleh membida di mana-mana sahaja, dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, penduduk tetap, jabatan kerajaan dan syarikat yang berdaftar di negara ini.
"Pendaftaran di sistem JPJeBid boleh dilakukan secara kendiri oleh pembida di laman sesawang https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid. Hanya mereka yang tidak pernah mempunyai rekod dengan sistem JPJ seperti kenderaan berdaftar, lesen memandu atau saman sahaja dikehendaki hadir membuat pendaftaran di mana-mana pejabat JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC)," menurut kenyataan berkenaan, hari ini.
Menurut JPJ Negeri Johor, kaedah bayaran pula hanya menggunakan kad debit atau kad kredit tempatan sahaja, dan JPJ berharap rakyat Malaysia dapat mengoptimumkan penggunaan sistem dalam talian itu ketika pandemik.
Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida akan diberikan tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran untuk didaftarakan pada sesebuah kenderaan dan pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan.
"Setakat ini JPJ Johor sudah mengutip RM24.83 juta sejak sistem bidaan ini pertama kali digunakan pada 21 Ogos 2019 bagi siri JTR. Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan bidaan nombor pendaftaran siri JUN ini, mereka boleh emelkan ke [email protected]," menurut kenyataan itu.-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor menyasarkan kutipan RM2.5 juta bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri JUN.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
JPJ cadang wujud pasukan tindakan khas
Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi antaranya bagi menjalankan operasi khas, risikan selain membantu negeri menyelesaikan sesuatu isu.
JPJ Kedah kutip saman tertunggak kenderaan asing lebih RM100,000
Kutipan tertinggi direkodkan terhadap seorang pemandu dan pemilik van Thailand berusia 45 tahun.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
Op Tahun Baru Cina 2025: 17 bas ekspres tidak dibenarkan bawa penumpang
Setakat 23 Jan, 24 kes dikenal pasti tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan membabitkan bas ekspres daripada sembilan syarikat.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.