KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih RM20 juta hasil kutipan keseluruhan bagi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan nombor pendaftaran M1M merupakan NPI paling tinggi dibida dengan nilaian RM622,000 manakala M5M berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000.
"Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan nilaian RM350,000. Siri M__M ini telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida.
"Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah sebanyak 25,033 orang dan sejumlah 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing," menurut kenyataan itu.
JPJ menjelaskan lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M iaitu 39 pembida, M155M (33 pembida), M51M (32 pembida), diikuti dengan M313M (31 pembida) dan seterusnya M39M sebanyak 28 pembida.
"Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud 'Malaysia Merdeka' telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak sekali gus menunjukkan semangat dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023," menurut kenyataan itu.
JPJ mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 Sept lepas dan berterima kasih kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.
Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini ialah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Menurut JPJ, nombor pendaftaran M1M merupakan NPI paling tinggi dibida dengan nilaian RM622,000 manakala M5M berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000. - Gambar hiasan
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan JPJ.
Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan
Kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.
Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.