BESUT: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji untuk meningkatkan spesifikasi dan ciri keselamatan MyKad bagi mencegah pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri itu.
Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, kes penyalahgunaan MyKad yang berlaku di negara ini dipandang serius dan tindakan perlu diambil bagi mengelak ia daripada terus berleluasa.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket yang menjalankan pemalsuan kad tersebut.
"JPN memandang serius perkara ini dan di peringkat jabatan kita mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani masalah kad pengenalan palsu di pasaran.
"Mungkin satu masa nanti kita akan mengkaji dan menyemak kembali untuk meningkatkan spesifikasinya MyKad bagi mengelak berlakunya pemalsuan kad pengenalan ini," katanya ketika ditemui pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Pulau Perhentian di sini, pada Khamis.
Badrul Hisham berkata, setakat ini sebanyak 290 kes penyalahgunaan MyKad yang berlaku di seluruh negara sejak 2020.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 197 kes melibatkan penyalahgunaan MyKad palsu manakala 93 kes lagi melibatkan kesalahan menggunakan MyKad milik individu lain.
Jelas beliau, kad pengenalan diri itu amat 'diminati' warga asing bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dan lain-lain kelebihan di negara ini.
"Apabila mereka memiliki MyKad, mereka berasa 'aman' untuk menetap di negara ini tanpa takut dikenakan tindakan oleh pihak penguat kuasa.
"Sebelum ini kita pernah berlaku kes warga asing yang sanggup membayar sehingga RM50,000 untuk mendapatkan satu kad pengenalan dan kes tersebut telah terbongkar dan ditangkap," katanya.
Pada program itu, seramai 32 penduduk di Kampung Pulau Perhentian, di sini menerima dokumen pengenalan diri melibatkan permohonan kad pengenalan kali pertama 12 tahun dan gantian kad pengenalan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 31 2024

Badrul Hisham (dua dari kanan) menyerahkan MyKad kepada seorang penerima pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Pulau Perhentian pada Khamis. - Foto Sinar Harian

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Kementerian Luar ambil maklum laporan MyKad, lesen memandu Malaysia ditemui di Ukraine
Kementerian Luar menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri ketika di luar negara.

JPN tidak pernah lantik ejen untuk pendaftaran MyKad
Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000.

Selepas 59 tahun, warga emas teruja dapat MyKad baharu
Tular di media sosial pada 3 Julai lalu mengenai Mat Sani yang tidak mempunyai MyKad sehinggakan kisahnya turut dikongsikan oleh selebriti kemanusiaan popular negara, Ebit Lew.

Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja
Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.

Warga Indonesia ditahan guna Mykad orang lain cuba masuki Tawau
Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin dipercayai warga Indonesia ditahan polis kerana menggunakan Mykad milik orang lain untuk mengaburi pihak berkuasa dalam cubaan untuk memasuki daerah Tawau.

Mangsa minum cecair peluntur terima MyKad
Kanak-kanak yang cuba bunuh diri dengan meminum cecair peluntur S. Mahalachime menerima MyKad yang dipohonnya.