Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad.
JPN dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan semakan jabatan itu, calon yang dimaksudkan hanya pernah dikeluarkan dengan satu kad pengenalan.
JPN menegaskan bahawa setiap individu hanya akan diberikan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik yang dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.
Mana-mana individu yang mendapatkan lebih daripada satu kad pengenalan tanpa kuasa atau sebab yang munasabah adalah satu kesalahan berdasarkan Subperaturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, katanya.
"Sehingga kini, Jabatan ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat yang mengesahkan mana-mana individu mempunyai dua MyKad," katanya.
JPN memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang individu lain memiliki dua kad pengenalan untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana pejabat JPN yang berdekatan.
Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun mendakwa seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kimanis memiliki dua MyKad.
Menurutnya perkara itu didedahkan selepas calon terbabit ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan rasuah minggu lepas.
Bernama
Wed Oct 31 2018

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad - Gambar fail
Kerajaan bincang RUU Pembiayaan Politik dengan parti
Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha agung parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik serta menangani isu dasar utama, menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.
Penjawat awam perak terima bonus Raya RM1,500
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di negeri itu, disalurkan pada 24 Mac ini.
Ramadan: Jangan ambil kesempatan berniaga tanpa lesen
Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan peniaga kecil, namun tidak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan dengan berniaga secara haram di bazar Ramadan sekitar ibu kota.
JKNT keluarkan 22 notis kepada peniaga bazar
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 22 notis kepada peniaga bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari pertama Ramadan, melibatkan kompaun berjumlah RM2,800.
[TERKINI] Lapan rumah rosak teruk, puting beliung, ribut landa Sekinchan
Sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, Sekinchan pada pagi Khamis.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.
Ukraine yakin pergerakan positif kerjasama dengan AS
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy yakin wujud pergerakan positif dalam kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) yang boleh membawa kepada pertemuan lain antara kedua-dua pihak tidak lama lagi.

Pecah masuk pejabat ADUN Komtar: Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000
Murli didapati bersalah berdasarkan rakaman CCTV dan cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian.
Larangan perjalanan baharu Trump sasar Afghanistan, Pakistan
Presiden Donald Trump dijangka menguatkuasakan larangan perjalanan baharu seawal minggu hadapan, yang boleh menghalang rakyat Afghanistan dan Pakistan daripada memasuki Amerika Syarikat.
Sumber menyatakan bahawa negara lain mungkin termasuk dalam senarai larangan tersebut, tetapi mereka tidak dapat memastikan negara mana yang terlibat.
Sumber menyatakan bahawa negara lain mungkin termasuk dalam senarai larangan tersebut, tetapi mereka tidak dapat memastikan negara mana yang terlibat.
Trump tangguh tarif Kanada, Mexico untuk sektor automotif
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan mengecualikan pengeluar automotif daripada tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada, menurut kenyataan White House pada Rabu.
Keputusan ini buat sementara waktu menghentikan kejatuhan terbesar Wall Street dalam tempoh hampir tiga bulan.
Keputusan ini buat sementara waktu menghentikan kejatuhan terbesar Wall Street dalam tempoh hampir tiga bulan.

JPN nafi calon ketua cabang PKR Kimanis ada dua MyKad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan bahawa calon ketua cabang PKR Kimanis, Sabah memiliki dua MyKad.

Ongkili pemangku Presiden PBS berkuatkuasa serta merta
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah mengambil alih jawatan pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuatkuasa serta merta.

Johnny Mositun dilantik Setiausaha Agung PBS
Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baharu menggantikan Datuk Henrynus Amin.