KEPALA BATAS: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berjaya mengumpul sebanyak 16,200 puisi berkaitan Hari Guru, untuk direkodkan dalam 'Malaysia Book of Records' (MBOR) sebagai penghasilan puisi terbanyak berkaitan Hari Guru.
Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad berkata semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.
"Pada mulanya sasaran kami untuk kumpul dalam 6,000 puisi sahaja untuk tempoh sebulan untuk direkodkan dalam MBOR, sempena sambutan Hari Guru peringkat Pulau Pinang yang diraikan hari ini.
"Ini adalah inisiatif pihak JPN untuk direkodkan dalam MBOR. Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat mengalakkan iaitu sebanyak 16,200 puisi berkaitan Hari Guru berjaya dikumpulkan, sehingga semalam.
"Jumlah tersebut telah berjaya melayakkan untuk direkodkan dalam MBOR sebagai puisi terbanyak berkaitan Hari Guru, dan ini kali kedua JPN Pulau Pinang kejayaan dalam MBOR iaitu tahun lepas rekod bilangan kek terbanyak sempena Hari Guru," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Abdul Rashid ditemui pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022. Majlis itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.
Pada majlis itu, Reezal Merican turut mengumumkan untuk memberikan hadiah tambahan iaitu tiket penerbangan untuk menunaikan umrah, kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Reezal Merican berkata hadiah itu adalah tanda penghormatan beliau dalam menghargai jasa dan pengorbanan semua guru, yang selama ini mencurahkan ilmu serta pendidikan kepada para murid dan pelajar.
Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan Dan Pengurusan JPN Pulau Pinang Ismail Mohd Said, 62, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Guru peringkat Pulau Pinang.
Manakala bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Datuk Mohd Jam Mohamed, 61, dipilih menerima anugerah Tokoh Kepimpinan peringkat Pulau Pinang.
Selain menerima tiket penerbangan menunaikan umrah,kedua-dua mereka turut menerima selendang, pingat, cenderamata dan sijil anugerah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Warga pendidik di Pulau Pinang diraikan sempena Malam Apresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022. - Foto Facebook/Reezal Merican Naina Merican

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

PM Anwar hadir Malam Manifestasi Tiga Seni
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik malam ini.

Usaha martabat Bahasa Melayu menerusi Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023
SAABM 2023 ini adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hari Puisi Malaysia disambut bergilir-gilir di setiap negeri
Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ke-3 HPM dengan majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

PM Ismail Sabri deklamasi puisi untuk sampaikan mesej cintakan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini memilih untuk berpuisi bagi menyampaikan mesej kecintaannya pada negara.

JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.

Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.

KLWBC 2020: Wook & puisi sederhana yang indah
Wikunila MS terkenal dengan kata "pualam" dan manakala Zulkifli sukakan imej nelayan.

KLWBC 2020: Facebooker sastera Dr Fahd Razy
Aplikasi Facebook turut menyediakan sistem paling mudah untuk mengukur interaksi dan perkongsian sesebuah karya.

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa (2)
Hakikatnya, wanita punya sejarah luar biasa. Gerakan massa kaum ibu bermula pada 28 Februari 1908.

KLWBC 2020: Misteri & magis Zaen Kasturi
Internet boleh memberikan maklumat mengenai penulis misteri ini, melebihi apa yang boleh diceritakan Zaen Kasturi secara peribadi.