KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata ini kerana sistem kawalan keselamatan data 'FireWall' adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi.
"Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin.
"Jadi jangan bimbang tentang data-data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua agensi selepas ini yang menggunakan data MyIdentiti daripada JPN segera mengambil langkah yang ketat," katanya dalam sidang media khas penyerahan watikah pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu penjualan data maklumat rakyat Malaysia yang tular di sebuah forum baru-baru ini.
Bernama
Wed Sep 29 2021

Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sistem kawalan keselamatan data 'FireWall' adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

JPN sahkan tidak berlaku kebocoran data maklumat - Hamzah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.