KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius laporan jabatan itu disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman menegaskan, menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan itu.
"JPN kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.
"Ia bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mendedahkan dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri sedang disiasat berhubung dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.
Perdana Menteri menjelaskan, dua agensi itu ialah Jabatan Imigresen Malaysia dan JPN.
Dalam pada itu, Zamri mengingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.
"Maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan," jelas beliau.
Astro Awani
Tue Jul 04 2023

Menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan itu. -Gambar fail/Bernama

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

MEKAR mudahkan urusan miliki dokumen pengenalan diri di pedalaman
Program MEKAR bersifat 'outreach' di mana JPN turun ke lapangan membantu menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka.

Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.

JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'
Jabatan Pendaftaran Negara menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.

Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.

3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.

JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.

Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.