GEORGE TOWN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri (MyKad).
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000.
"JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian kerana kami tidak pernah langsung melantik mana-mana individu atau ejen untuk membuat kerja-kerja bagi pihak JPN terutama untuk proses mendapatkan kad pengenalan.
"Walaupun aduan yang diterima itu tidaklah banyak atau dalam kategori serius, namun saya memandang serius kerana memang ada yang menjadi mangsa kepada individu atau ejen tersebut sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Mykad kepada seorang wanita warga emas, R. Alliamah, 64, yang baru memperoleh Mykad selepas mengalami masalah daftar lewat kad pengenalan, yang diadakan di pejabat JPN Pulau Pinang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata beliau meminta orang ramai yang mahu membuat pendaftaran dokumen pengenalan diri atau sebarang dokumen berkaitan dengan JPN untuk terus datang ke pejabat JPN yang terdapat di 225 lokasi termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
"Paling ramai jadi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai anak tidak sah taraf kerana mereka takut untuk berurusan dengan JPN sendiri kononnya akan didakwa di mahkamah atau saman kerana anak luar nikah.
"Sebenarnya tidak ada seperti itu (didakwa di mahkamah).. kami di JPN akan sedaya upaya membantu mendapatkan dokumen untuk anak mereka malah jika lambat pendaftaran kelahiran pun hanya dikenakan denda RM50 sahaja," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak mahu ada anak-anak warga Malaysia yang tercicir sehingga tidak mendapat dokumen pengenalan diri dan Mykad, jadi sebab itu JPN secara berterusan akan terus memberikan perkhidmatan supaya mereka mendapat dokumen yang sah sebagai warga negara.
"Selain itu, kami juga ada pasukan khas menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang mereka ini akan pergi sendiri berjumpa dengan mereka yang mahu memohon MyKad membabitkan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan pesakit kronik yang sukar hadir ke JPN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
![JPN tidak pernah lantik ejen untuk pendaftaran MyKad JPN tidak pernah lantik ejen untuk pendaftaran MyKad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659081480_MyKad.jpg)
Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000. - Gambar fail
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733027923_CTCbergerak.jpg)
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
![Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622216345_PRISONJAIL.jpg)
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
![Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723957900_tbsukukaumBateq.jpg)
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
![KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722341762_AkhbarTheStarKe.jpg)
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717393010_TBZaynjpg.jpg)
Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.
![Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721888503_tbMyKid.jpg)
Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
![JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717848298_JPN.jpg)
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
![JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717848298_JPN.jpg)
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
![Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645448480_JabatanPendaftaran.jpg)
Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (
![Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022 Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716973928_JPN.jpg)
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.