SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pemberian peruntukan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada 1,016 persatuan penduduk yang berdaftar di bawah jabatan berkenaan setakat 27 Sept lepas.
Ketua Pengarah JPPM, Mohd Nawardi Saad berkata, peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti setempat.
"Sehingga 27 Sept lalu, sebanyak 1,635 permohonan diterima dengan 1,016 pertubuhan diluluskan pemberian GPPK, manakala 106 permohonan tidak berjaya serta selebihnya masih di peringkat saringan dan tindakan JPPM negeri.
"Tarikh tutup permohonan (untuk GPPK) tamat pada 30 Sept lalu tetapi kita lanjutkan sehingga 31 Okt ini. Kami di JPPM menggalakkan persatuan penduduk yang belum buat permohonan untuk berbuat demikian supaya dapat diagihkan (geran) dengan segera," katanya selepas Program Memperkasa Tadbir Urus Keselamatan Komuniti Negeri Selangor, di sini, pada Isnin.
Di samping pemberian geran, Mohd Nawardi berkata, JPPM tidak pernah leka dalam melaksanakan pemantauan terhadap pertubuhan berdaftar.
"Tahun ini JPPM menyasarkan aktiviti pemeriksaan terhadap 1,000 pertubuhan yang merangkumi kategori keagamaan, rekreasi, kebajikan dan sosial.
"Sehingga Ogos lalu, sebanyak 981 pertubuhan dibuat pemeriksaan dan daripada jumlah itu, 29.9 peratus pertubuhan didapati melanggar undang-undang tubuh atau perlembagaan pertubuhan masing-masing," katanya.
Selain itu, Mohd Nawardi berkata, terdapat sebanyak 189,605 pertubuhan yang berdaftar bawah JPPM yang terdiri daripada 97,975 pertubuhan parti politik membabitkan 69 induk dan 97,906 cawangan sehingga 30 Sept lalu.
"Sebanyak 91,630 pertubuhan bukan politik yang merangkumi 81,204 adalah pertubuhan induk manakala 10,426 adalah cawangan (dalam tempoh yang sama)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Mohd Nawardi Saad (tengah) dan Pengarah JPPM Selangor, Nurul Azhar Husin (kiri) menyampaikan Geran GPPK Tahun 2023 kepada wakil penduduk pada Program Memperkasa Tadbir Urus Keselamatan Komuniti Negeri Selangor 2023 pada Isnin.- Gambar BERNAMA
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Keputusan dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual didengar hari ini.

Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Kongres DAP ditangguh ke tahun depan - Anthony Loke
Parti DAP bakal mengadakan kongresnya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak sebelum 30 Jun 2021 selepas kongres yang dijadualkan pada 20 Disember di Shah Alam dibatalkan.

Pendaftaran Pejuang: Apa lagi JPPM mahu? - Tun M
Jawatankuasa Penaja Parti sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi segera melengkapkan proses berkenaan.

COVID-19: Semua aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun - ROS
Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program,aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan.

RoS keluar notis kepada 3 pertubuhan disyaki hadir Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai
ROS menghantar notis kepada tiga pertubuhan untuk hadir ke jabatan itu untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan itu yang disyaki menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai.

DAP perlu adakan pemilihan semula CEC yang baharu - JPPM
Pemilihan semula ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP perlu diadakan agar pemilihan diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.