Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bercadang menambah baik ban-ban yang dibina di pesisir pantai Selangor sebagai usaha menangani banjir besar akibat fenomena air pasang besar.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ban-ban pantai serta struktur pencegahan hakisan dibina bagi mengelak kemasukan air laut ke kawasan daratan terutamanya ketika fenomena air pasang besar berlaku.
Namun, beliau berkata fenomena peningkatan aras laut dunia yang mengakibatkan aras selamat bagi struktur ketinggian ban-ban sedia ada tidak mampu menahan air laut daripada masuk ke kawasan daratan.
"NRE melalui JPS akan mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir besar yang melanda kawasan pesisir pantai Selangor berikutan fenomena air pasang besar baru-baru ini.
"Dalam isu ini, JPS bercadang menambah baik ban yang dibina di pesisir pantai di Selangor berdasarkan peruntukan dan isu ini turut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri agar ia diberi perhatian khusus kelak," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Wan Junaidi menjelaskan secara umumnya, julat pasang surut adalah berbeza di setiap kawasan pesisir pantai Malaysia iaitu antara 1.8 meter hingga 6.1 meter.
Kawasan yang mempunyai julat pasang surut yang tinggi dan bertopografi rendah lebih cenderung untuk ditenggelami sekiranya air pasang besar berlaku dan kawasan-kawasan pesisir pantai barat Semenanjung Malaysia secara amnya adalah landai dan rendah, katanya.
"Kejadian tersebut yang tertumpu di kawasan pantai barat terutama di pesisir pantai Selangor adalah disebabkan kedudukan geografi yang paling terkesan oleh fenomena air pasang besar ini," katanya.
Berdasarkan analisis data pasang surut yang dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk tahun ini dan perbandingan dengan ramalan dibuat daripada perisian pasang surut Google Play, Tide Forecast yang menggunakan data 'Permanent Service for Mean Sea Level (PSMSL)' (psmsl.org) menunjukkan fasa bulan penuh jatuh pada 16 hingga 20 Sept.
Katanya ketinggian air pada kali ini mungkin dipengaruhi kesan pertembungan air pasang besar, ombak kuat, pusuan ribut dan angin kencang yang berlaku menyebabkan ia melebihi ketinggian ban dan air melimpah ke bahagian daratan dan seterusnya menyebabkan banjir.
Sebagai persediaan menghadapi bencana banjir, Wan Junaidi berkata JPS bersedia menyalurkan maklumat jadual pasang surut kepada semua penjaga pintu air bagi tujuan operasi pembukaan dan penutupan pintu air, dan aset-aset JPS berupa pam disediakan untuk operasi pengepaman bagi menyalurkan air banjir.
"Makluman dan hebahan kemungkinan banjir serta maklumat jadual pasang surut dipanjangkan kepada agensi-agensi berkaitan dan pelaksanaan kerja-kerja awalan seperti penyelenggaraan serta pembaikan sistem saliran di bawah seliaan JPS sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir," katanya.
Bernama
Wed Sep 21 2016

Ban-ban pantai serta struktur pencegahan hakisan dibina bagi mengelak kemasukan air laut ke kawasan daratan terutamanya ketika fenomena air pasang besar berlaku. - Gambar hiasan

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Hujan lebat luar biasa punca ban RTB Sungai Samagagah pecah
Berdasarkan bacaan di tiga stesen berdekatan sejak beberapa hari lalu, jumlah hujan dicatatkan antara 109 mm hingga 167.5 mm.

Video muzik Blackpink 'Kill This Love' diharamkan KBS gara-gara...
Salauran television Korea Selatan, KBS telah mengharamkan muzik video 'Kill This Love' kerana dianggap tidak sesuai untuk disiarkan.

Chelsea diharamkan beli pemain untuk dua jendela perpindahan
Chelsea didapati 'berdosa' oleh FIFA kerana melanggar peraturan melibatkan pendaftaran pemain berusia bawah 18 tahun.

Air pasang besar, keadaan pantai di Selangor terkawal
Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, ban ataupun benteng kepada pesisir pantai kukuh dan berada dalam keadaan baik selain tiada rebakan berskala besar.

Fenomena air pasang: Ban pecah di Kampung Batu 5, Kapar, bukan tumpuan
Kerajaan Selangor mengakui ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar, di sini akibat fenomena air pasang besar semalam bukan fokus utama penambahbaikan ban dalam peruntukan segera RM4.3 juta.

JPS cadang tambah baik ban pantai Selangor atasi fenomena air pasang besar
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan secara umumnya, julat pasang surut adalah berbeza di setiap kawasan pesisir pantai Malaysia iaitu antara 1.8 meter hingga 6.1 meter.

Kerjasama kerajaan negeri Selangor diperlukan atasi masalah banjir
Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya maklum terdapat beberapa ban (benteng) yang pecah sehingga air laut melimpah ke kawasan sekitar seterusnya menyebabkan banjir.

Paras air laut melepasi ban punca banjir kilat di Selangor
Paras air laut pasang yang melepasi ban di beberapa kawasan di pesisiran pantai Selangor dilihat punca berlakunya banjir kilat yang melanda beberapa lokasi di negeri ini.

Frost tidak tolak ansur dengan soal kecergasan pemain
Pengarah BAM, Morten Frost Hansen meminta semua pemain kebangsaan menumpukan perhatian sepenuh terhadap soal mempertingkatkan tahap kecergasan masing-masing.

MCMC urged to find mechanism to curb misuse of Facebook
Datuk Shahaniza Shamsuddin said they currently cannot ban Facebook as it also has advantages as a medium of communication.