KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan notis yang dikeluarkan pada 3.45 petang itu, dibuat berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS bahawa, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
Di Pulau Pinang, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Seberang Perai Selatan melibatkan Bandar Nibong Tebal, Mukim 1, Mukim 7, Mukim 11 dan kawasan sekitarnya, manakala di Negeri Sembilan membabitkan daerah Port Dickson iaitu di Pekan Lukut, Pekan Jemima, Si Rusa, Mukim Jimah dan kawasan sekitarnya.
Di Perak, sebanyak dua daerah dan kawasan sekitarnya dijangka terlibat iaitu daerah Larut Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong dan Asam Kumbang) serta daerah Kerian (Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah, Kuala Kurau dan Parit Buntar).
Di Selangor, empat daerah dan kawasan sekitarnya turut disenaraikan sebagai lokasi berisiko banjir kilat meliputi daerah Sepang (Mukim Sepang dan Dengkil), Klang (Pekan Pandamaran, Pekan Kapar dan Klang), Kuala Langat (Pekan Jenjarom, Kelanang dan Tanjong Duabelas) serta Petaling (Mukim Petaling, Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga dan Bandar Shah Alam).
Sementara itu di Terengganu, sebanyak dua daerah terlibat iaitu Marang (Bukit Payung serta kawasan sekitarnya) dan Kuala Terengganu (Cenering, Batu Buruk, Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya), manakala di Pahang pula melibatkan daerah Kuantan (Bandar Kuantan, Pulau Manis, Kuala Kuantan, Sungai Karang serta kawasan sekitarnya).
Kenyataan PRABN itu menyatakan notis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Astro terus unggul dalam amalan lestari
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat peningkatan 20 peratus dalam skor ESG kepada 4.1 daripada 5.0 dalam penilaian indeks FTSE4GOOD Bursa Malaysia.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun meningkat empat tahun berturut
Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia terbukti terus meningkat bagi tahun keempat berturut-turut walaupun dalam senario persaingan sengit yang ketara, demikian menurut Tinjauan Tahun Kewangan 2024 oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur.
Sekatan Eksport AI tidak beri kesan kepada Malaysia
Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat-pusat data sedia ada di negara ini.
Malaysia perlu jadi lokasi penting para pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malasyia ketika ini disifatkan stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
Paras air Sungai Semerak, Pasir Puteh catat bacaan peringkat amaran pagi ini - JPS
Bacaan paras Sungai Semerak di Pasir Puteh dicatatkan berada pada paras amaran setinggi 2.47 meter sehingga 8 pagi ini.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Beberapa sungai di Lembah Klang cecah paras bahaya
Bacaan paras air di stesen Batu 12 dalam daerah Hulu Langat adalah 43.16 meter (m) iaitu kategori bahaya, berbanding bacaan normal 39.4m.
Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Stok simpanan air Empangan Muda kini paras bahaya - JPS
Empangan Muda di Sik, Kedah merekodkan status simpanan sumber air tahap bahaya setakat kemas kini pada 1 April lalu susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
JPS ramal banjir di dua kawasan di Kubang Pasu
Dua kawasan tersebut adalah kawasan rendah dalam lingkungan 5km sekitar Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas.
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.