ISKANDAR PUTERI: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata ia membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor Bahru, Iskandar Puteri, Kulai, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.
"Johor juga telah mencadangkan 16 sektor ekonomi yang dijangka dapat memberikan limpahan sosioekonomi antaranya sektor elektrik dan elektronik, perubatan, farmaseutikal, penerbangan, kimia khusus, logistik, kesihatan serta pendidikan," katanya pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Beliau berkata sektor lain yang dicadangkan termasuk kewangan dan perkhidmatan perniagaan, tenaga, ekonomi digital, pelancongan, makanan dan teknologi pertanian, industri kreatif, industri halal serta perkilangan.
"Semua perkara ini masih dalam perbincangan dan hanya akan dimuktamadkan apabila semua maklum balas serta pandangan telah diperhalusi dan diambil kira," katanya.
Onn Hafiz berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Hasrunizah Hassan (UMNO-Pulai Sebatang) dan Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) mengenai status pelaksanaan dan butiran projek JS-SEZ.
Sementara itu, Onn Hafiz (BN-Machap) berkata JS-SEZ dapat melonjakkan sektor ekonomi Johor serta meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.
"Kita juga telah menggariskan sasaran makro dan indikator yang hendak dicapai melalui pembangunan JS-SEZ, ia mampu menjadi pemangkin ataupun booster kepada kejayaan agenda Maju Johor 2030, pertamanya, nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM260 billion melalui pertumbuhan tahunan sebanyak tujuh peratus.
"Kedua, pendapatan isi rumah sebanyak RM13,000 sebulan dan ketiga, 400,000 peluang pekerjaan baharu berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri mampu menerapkan model pembangunan dan kemajuan di Shenzhen, China untuk diterjemahkan dalam JS-SEZ di negeri ini.
Ini berikutan sesi libat urus yang diadakan bersama lebih 40 syarikat pelabur berpotensi di Shenzhen yang mendapat maklum balas positif setelah majoriti mereka cukup yakin untuk melabur di Johor.
"Keyakinan ini berasaskan kepada faktor-faktor antaranya kedudukan geografi Johor yang sangat strategik dan ketersediaan tanah untuk pelbagai sektor ekonomi.
"Selain itu, Johor juga mempunyai infrastruktur yang baik meliputi pelabuhan, lapangan terbang, jaringan jalan raya dan utiliti bahkan kos menjalankan perniagaan meliputi kos tanah dan sumber manusia yang kompetitif.
"Kestabilan politik dan dasar mesra pelabur yang jelas juga menjadi faktor yang menarik minat pelaburan untuk berlabur di negeri ini," katanya.
Pada 11 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahamam (MoU) JS-SEZ antara Malaysia dengan Singapura.
Memorandum berkenaan ditandatangani Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Onn Hafiz berucap pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail hari ini. - Foto Sinar Harian

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.

Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimuktamad akhir tahun ini
Kerajaan kedua-dua negara akan memuktamad dan memperhalusi butiran perjanjian semasa sesi bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos.

Pertumbuhan KDNK dijangka lebih tinggi daripada unjuran BNM
Pertumbuhan KDNK dijangka mencapai tahap tertinggi daripada yang disasarkan antara empat hingga lima peratus oleh Bank Negara Malaysia pada 2024, menurut Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB.

JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura.

Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.