RANTAU PANJANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memberikan notis bertulis kepada 162 peniaga bermula Januari hingga 4 Disember tahun ini.
Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, notis bertulis itu dikeluarkan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Menerusi notis ini, peniaga terlibat perlu memberikan sebab kenapa mereka menaikkan harga," katanya ketika ditemui pemberita pada Program #Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Lubok Jong semalam.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 notis telah diberikan kepada peniaga ayam, 12 notis untuk peniaga telur dan lapan kepada penjual sayur-sayuran.
Adnan berkata, baki selebihnya melibatkan barangan-barangan lain seperti ikan, kedai makan, alat ganti dan banyak lagi.
"Seramai 133 penguat kuasa KPDNHEP Kelantan telah digerakkan ke seluruh negeri bagi melakukan pemeriksaan ke atas seluruh premis perniagaan.
"Selain itu, seramai 90 Pegawai Pemantau Harga (PPH) turut digerakkan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 04 2021
KPDNHEP Kelantan mengeluarkan notis bertulis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. - Gambar hiasan
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir - KPDNHEP Kelantan
Tindakan itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka tidak lama lagi.
KPDNHEP Kelantan rampas 1,041kg minyak masak bersubsidi
Rampasan dilakukan dalam Operasi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di sekitar sempadan pada jam 11.40 pagi.
Lari tinggalkan 960 liter diesel seludup
Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota bertugas telah mengekori kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Jual ayam, sayur, telur mahal, 162 peniaga Kelantan diberi notis
Daripada jumlah itu, 52 notis diberikan kepada peniaga ayam, 12 notis untuk peniaga telur dan lapan kepada penjual sayur.
Dua nasi campur RM38 di Kota Bharu, pelanggan terkejut
KPDNHEP Kelantan bertindak demikian selepas menerima aduan dari seorang pengadu yang membeli dua nasi bungkus dengan harga RM38.
KPDNHEP Kelantan sita 3,000 tong gas bernilai RM194,000
Sitaan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan serbuan di premis yang terletak di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa pada Rabu.