KOTA BHARU: Seorang lelaki tampil dengan idea 'gila' apabila menjual ikan cencaru sumbat bakar berempah pada harga RM1.50 seekor sejak satu Ramadan lalu di gerainya yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini.
Muhamad Shafian Amran, 30, berkata, kenaikan harga bahan mentah tidak menghalangnya untuk berbuat demikian walaupun hanya mendapat keuntungan kecil dari hasil jualan itu.
"Mengambil keberkatan bulan Ramadan, saya niat untuk 'mengumpul' pahala bersedekah dengan menjual ikan tersebut pada harga RM1.50 seekor.
Orang ramai memenuhi gerai Muhamad Shafian seawal jam 3 petang untuk mendapatkan ikan cencaru bakar sumbat RM1.50 seekor.
"Saya akui serangan COVID-19 sejak dua tahun lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat di negara ini sehingga ada kehilangan kerja dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Menurutnya, gerai ikan bakar yang menggunakan resipi ibu mertua iaitu Rohaya Yaakob beroperasi bermula jam 3 hingga 6.30 petang setiap hari sepanjang Ramadan.
Katanya, setiap hari sebanyak 1,000 ekor ikan cencaru bakar sumbat akan dijual.
Muhamad Shafian berkata, bekalan ikan segar itu dibeli secara terus dari Pantai Remis, Perak.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Setiap hari sebanyak 1,000 ekor ikan cencaru bakar sumbat akan dijual.
"Saya hanya jual ikan bakar ini pada waktu petang sepanjang Ramadan sahaja.
"Waktu pagi pula saya berniaga ikan segar kepada penduduk setempat, begitu juga di luar bulan Ramadan," katanya.
Menurutnya, bekalan ikan itu akan diambil dua hingga tiga hari sekali untuk dijadikan sebaik stok.
Katanya, jika tidak mencukupi, dia akan terus ke Pantai Remis untuk mendapatkan bekalan itu.
"Selain cencaru, saya turut menjual ikan pari bakar pada harga RM6 seekor," katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 23 2022
Muhamad Shafian tampil dengan idea 'gila' apabila menjual ikan cencaru sumbat bakar berempah pada harga RM1.50 seekor sejak satu Ramadan lalu di gerainya yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Jual cencaru sumbat bakar RM1.50 seekor
Kenaikan harga bahan mentah tidak menghalangnya berbuat demikian walaupun hanya mendapat keuntungan kecil dari hasil jualan itu.