SERDANG: Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur, Puchong dan Gombak disyaki terlibat dalam kes penjualan kad juruwang automatik (ATM).
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata kesemua suspek berumur 25 hingga 39 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan sejak 14 April dan polis turut merampas 38 keping kad ATM pelbagai bank dan 20 keping kad sim MYTPG (Singapura).
Beliau berkata turut dirampas adalah lapan telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,957, sebuah kereta Perodua Axia serta dua dompet.
Menurut Anbalagan, siasatan juga mendapati mereka aktif melakukan jenayah berkenaan sejak awal tahun lepas dengan modus operandi mengiklankan tawaran pinjaman wang menerusi media sosial seperti Facebook yang meminta mangsa menyerahkan kad ATM sebagai cagaran.
"Pemilik kad ATM yang terpedaya dengan tawaran iklan itu akan menjual kad mereka kepada sindiket ini untuk memperoleh wang antara RM500 ke RM800 bagi sekeping kad malah ada juga mangsa yang menjualnya tidak mengetahui kad ATM itu akan digunakan bagi tujuan penipuan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.
Beliau berkata daripada 10 yang ditahan, lima mengaku bertindak sebagai pengutip kad daripada pemilik akaun dan menghantarnya kepada sindiket.
Anbalagan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur, Puchong dan Gombak disyaki terlibat dalam kes penjualan kad juruwang automatik (ATM). - Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Jual kad ATM: Dua wanita antara 10 individu ditahan
Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur, Puchong dan Gombak disyaki terlibat dalam kes penjualan kad juruwang automatik (ATM).