IPOH: Seorang peniaga di Teluk Intan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana disyaki menjual minyak masak paket bersubsidi lebih mahal daripada harga kawalan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
Menurutnya, tindakan itu adalah hasil Op Samar yang dijalankan kira-kira jam 10.50 pagi semalam selepas menerima aduan daripada orang awam.
“Pasukan Penguat Kuasa telah melakukan pemeriksaan dengan kaedah penyamaran dengan membuat uji beli melalui Op Samar.
“Satu uji beli minyak masak paket 1 kilogram yang dilaksanakan oleh pegawai berkenaan dan maklumbalas daripada anak pemilik perniagaan minyak masak paket 1kg bersubsidi dijual dengan harga RM3,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kamalludin berkata, setelah uji beli selesai dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa beruniform kemudiannya telah masuk ke dalam premis dan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terbabit.
Menurutnya, pemeriksaan di ruangan jualan minyak masak paket mendapati harga yang dipamerkan adalah RM2.50 sekilogram, namun apabila pelanggan membuat bayaran, harga yang dikenakan adalah RM3.
Berikutan penemuan tersebut, katanya, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada pemilik premis.
Ujarnya, sebanyak 55 kilogram minyak masak paket yang ditemui telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM165.
Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jul 18 2024
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Anggota KPDN ketika melalukan operasi Op Samar ke atas satu premis perniagaan di Teluk Intan. - Foto KPDN Perak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734951735_KPDNKedah.jpg)
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
![KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707390350_TBminyakmasak.jpg)
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
!['Tak bercadang naik harga minyak masak paket' - Salahuddin 'Tak bercadang naik harga minyak masak paket' - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659869689_MinyakMasak.jpg)
'Tak bercadang naik harga minyak masak paket' - Salahuddin
Peningkatan harga bagi bahan asas itu belum lagi sesuai kerana rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup.